· · ·

Nabila Huda Bersuara Selepas Dikecam Pakai Off Shoulder Jual Pasta

Nabila Huda Dikecam Ketika Jual Pasta

Pelakon popular Nabila Huda tampil bersuara selepas menerima kecaman netizen mengenai cara pemakaiannya ketika mengendalikan jualan pasta menerusi program Amore In Cucina Tour. Isu tersebut mula hangat diperkatakan selepas tular gambar pelakon itu memakai pakaian off shoulder ketika memasak dan menjual pasta kepada pelanggan. Di ruangan komen Threads, ada segelintir netizen mendakwa Nabila tidak menjaga etika pemakaian ketika mengendalikan makanan.

Nabila Jelaskan Tour Itu Hanya Projek Kecil

Susulan kecaman diterima, Nabila akhirnya tampil menjelaskan bahawa Amore In Cucina Tour bukanlah sebuah bisnes besar seperti yang disangka ramai. Menurutnya, tour tersebut hanyalah projek kecil-kecilan yang dibuat dengan penuh ikhlas untuk berkongsi masakan bersama peminat. Nabila turut berkata semua perkara dilakukan sendiri termasuk memasak, memandu dan menjual makanan dalam kuantiti yang terhad sahaja. Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang mengikuti isu berkenaan.

Akui Kecewa Dengan Kritikan Netizen

Dalam masa sama, Nabila turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak seolah-olah mahu dirinya berubah menjadi individu lain semata-mata untuk memuaskan hati orang ramai. Pelakon itu juga mengakui dia mula terfikir untuk menghentikan tour tersebut selepas usaha kecilnya terus disalah anggap oleh segelintir netizen. Isu berkenaan kini terus menjadi perbualan hangat di media sosial dengan ramai tampil memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi tersebut.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 

@osedapdotcom

Pelakon popular Nabila Huda tampil bersuara selepas menerima kecaman netizen mengenai cara pemakaiannya ketika mengendalikan jualan pasta menerusi program Amore In Cucina Tour Baca artikel di website Osedap! link dekat Bio 👆🏻 Sumber : Threads | @kupu_kupu Untuk kredit atau apa2 berkaitan kontent, boleh terus DM ye 🥰 #osedapdotcom #osedapviral #osedaptiktok #osedapsensasi #osedaplifestyle #nabilahuda #pasta

♬ original sound - osedapdotcom - osedapdotcom


Tarziman —12/05/2026,  03.29PM