Johan Ghazali Dikecam orang gemuk Selepas Komen pasal mereka
Johan Ghazali Kongsi Pandangan Tentang Obesiti

Pendapat peribadi jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali mengenai individu berbadan besar atau obesiti mengundang perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu hantaran di Instagram, atlet berusia 19 tahun yang mesra disapa Jojo itu berkata dia kurang gemar melihat orang gemuk yang tidak mencuba menjaga kesihatan diri. Menurut Jojo, pandangannya bukan sekadar ditujukan kepada bentuk badan seseorang, sebaliknya lebih kepada sikap individu yang tidak berusaha untuk berubah atau menjaga tahap kesihatan mereka.
Jojo Hormat Orang Yang Mahu Berubah
Dalam perkongsian sama, Jojo menjelaskan bahawa dia sangat menghormati individu berbadan besar yang sedar tentang keadaan diri dan mempunyai usaha untuk menurunkan berat badan. “Aku tak berapa suka dengan orang gemuk. Sebelum kalian nak marah dengar dulu penjelasan saya. Saya memang tak suka dengan orang gemuk atau yang tidak sihat,” katanya. Namun menurut Jojo, apa yang membuatkan dia kurang senang ialah apabila seseorang langsung tidak mengambil kisah tentang kesihatan diri walaupun sedar mereka berada dalam keadaan tidak sihat.
Akui Akan Menilai Orang Gemuk
Jojo turut mengakui secara jujur bahawa dia akan menilai individu berbadan besar yang tiada usaha untuk berubah. Baginya, sikap tersebut menunjukkan seseorang itu tidak berdisiplin dan gagal mengawal diri sendiri. “Dunia ini kejam dengan orang gemuk. Setiap kali lihat orang gemuk, saya akan kata diri mereka pemalas. Mereka tidak berdisiplin dan tidak tahu kawal diri mereka, saya pasti akan menilai,” katanya lagi. Dalam masa sama, Jojo turut berkata Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi, sekali gus membuatkan isu tersebut perlu diberi perhatian lebih serius.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.