· · ·

Rafizi Ramli & Nik Nazmi Letak Jawatan Ahli Parlimen

Rafizi Dan Nik Nazmi Umum Letak Jawatan

Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakan jawatan mereka sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa menerusi satu kenyataan bersama bertarikh 18 Mei 2026.

Menurut kenyataan tersebut, surat rasmi peletakan jawatan telah dihantar kepada Johari Abdul selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi memaklumkan keputusan mereka untuk mengosongkan kedua-dua kerusi parlimen berkenaan.

Mahu Teroka Agenda Politik Baharu

Menurut mereka, keputusan tersebut dibuat susulan hasrat untuk meneroka agenda politik yang baharu. Dalam kenyataan sama, kedua-duanya berkata langkah paling tepat dan terhormat adalah memulangkan semula mandat kepada pengundi di Pandan dan Setiawangsa kerana mereka dipilih sebelum ini di bawah tiket Pakatan Harapan semasa pilihan raya umum lalu. Mereka turut mengucapkan penghargaan kepada pengundi yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk mewakili kawasan masing-masing selama dua penggal di Parlimen.

Akan Bertanding Semula Atas Platform BERSAMA

Walaupun melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen, Rafizi dan Nik Nazmi memaklumkan pusat khidmat mereka akan terus beroperasi seperti biasa bagi membantu pengundi dan penduduk setempat. Dalam masa sama, kedua-duanya turut mengesahkan bahawa mereka akan kembali bertanding di kerusi Pandan dan Setiawangsa menggunakan platform politik baharu dikenali sebagai BERSAMA pada pilihan raya akan datang. Pengumuman tersebut kini mula menjadi perhatian ramai di media sosial dengan pelbagai reaksi diberikan oleh netizen serta pemerhati politik tempatan.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Platform X

Video : 


Tarziman —18/05/2026,  02.25PM