“Si Arifin”? Tular Dakwaan Upin & Ipin Sebenarnya Milik Indonesia
Tular Dakwaan Upin & Ipin Sebenarnya Milik Indonesia

Bukan rahsia lagi bahawa Upin & Ipin mempunyai pengaruh yang cukup besar di Indonesia sehingga ramai penonton di sana membesar dengan animasi popular tersebut. Namun baru-baru ini, tular pula satu video memaparkan individu dari negara jiran dengan yakinnya mendakwa siri animasi ikonik itu sebenarnya adalah milik Indonesia sebelum kononnya dibeli oleh Malaysia. Dakwaan tersebut segera mengundang pelbagai reaksi netizen kerana ramai menganggap cerita yang dibawa individu berkenaan terlalu tidak masuk akal.
Muncul Cerita ‘Si Arifin’ Dari Jakarta
Menerusi video tular itu, individu tersebut mendakwa sekumpulan animator muda dari Jakarta dan Bandung pernah mencipta animasi bernama “Si Arifin” sekitar tahun 2008. Namun menurut dakwaan tersebut, projek berkenaan ditolak stesen televisyen Indonesia kerana ketika itu program melibatkan pelakon kanak-kanak sebenar lebih mendapat perhatian selain kos animasi dianggap terlalu mahal. Mereka kemudian mendakwa Malaysia mengambil kesempatan membeli lesen animasi tersebut sebelum ‘memeramnya’ beberapa tahun dan menjual kembali kepada Indonesia selepas ia menjadi popular. Cerita tersebut bagaimanapun terus dipersoalkan ramai kerana tiada sebarang bukti kukuh dikemukakan.
Les’ Copaque Tampil Beri Respon Ringkas
Hakikat sebenarnya, Upin & Ipin sememangnya dihasilkan sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production yang diasaskan oleh Burhanuddin Radzi dan Ainon Ariff di Shah Alam sekitar tahun 2007 sebagai projek khas Ramadan untuk mendidik kanak-kanak tentang ibadah puasa. Malah, pihak Les’ Copaque sendiri pernah menjelaskan bahawa karakter botak Upin dan Ipin diwujudkan bagi menjimatkan kos rendering animasi 3D ketika itu. Susulan video tular berkenaan, akaun rasmi media sosial Upin & Ipin turut memuat naik respon ringkas namun pedas berbunyi, “Sudah tentulah Upin & Ipin dari Malaysia. Kitaorang anak Malaysia,” sambil berkongsi jawapan daripada pembantu maya Meta yang turut menafikan dakwaan tersebut.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : YOUTUBE
Video :
https://x.com/ohtweet/status/2055584432208465953?s=20