Aidil Sharin Bangga Kuching City Cipta Sejarah Ke Final Piala Malaysia
Aidil Sharin Bangga Dengan Pencapaian Kuching City

Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak melahirkan rasa syukur dan bangga terhadap komitmen dipamerkan anak buahnya selepas berjaya menamatkan saingan Liga Super 2025/2026 di kedudukan kedua selain mara ke final Piala Malaysia. Menurut beliau, pencapaian tersebut dianggap sebagai satu sejarah baharu buat kelab yang kini semakin mencuri perhatian dalam arena bola sepak tempatan. “Tiada siapa menjangkakan kami berada di tempat kedua dan juga mara ke final Piala Malaysia, tetapi pemain berjaya membuktikannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk kelab,” katanya selepas kemenangan ke atas Kuala Lumpur City FC di Stadium Negeri.
Pemain Dan Penyokong Jadi Kunci Kejayaan

Aidil turut memberikan penghargaan kepada para pemain serta penyokong yang sentiasa berdiri teguh bersama pasukan sepanjang musim walaupun berdepan pelbagai cabaran. Menurutnya, karakter pemain menjadi faktor utama yang membantu Kuching City terus bersaing sehingga berjaya mencipta kejutan musim ini. “Kadang-kadang kami sedih, tetapi saya selalu cakap kepada pemain, ini maraton, bukan larian 100 meter. Karakter pemain memainkan peranan penting dan mereka tidak pernah menyerah,” ujarnya lagi. Kejayaan tersebut kini dianggap antara pencapaian terbesar buat skuad The Cats sejak bersaing di pentas Liga Super.
Akui JDT Kuat Tapi Bola Sepak Penuh Kejutan
Mengulas mengenai aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim F.C., Aidil mengakui lawan mereka merupakan antara pasukan terbaik di Asia ketika ini. Namun begitu, beliau tetap percaya segala kemungkinan boleh berlaku dalam bola sepak sekiranya pasukan bekerja keras dan memberikan aksi terbaik di atas padang. Dalam masa sama, beliau mahu semua pemain menikmati pengalaman beraksi di pentas final kerana peluang seperti itu bukan sesuatu yang hadir setiap musim. Aidil turut menegaskan bahawa apa sahaja keputusan di final nanti, pasukan perlu menerimanya secara profesional sambil terus berjuang demi penyokong setia Kuching City.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.