Pengasas Hijabistahub Dakwa Cikgu Cuk** Minta RM100,000 Daripada Cik Epal, Turut Kaitkan Isu Pemalsuan Dokumen
Dakwa RM100,000 Diminta Atas Alasan Untuk Danai Syarikat
Pengasas jenama pakaian terkenal Hijabistahub, Wanie Elena mendakwa individu yang digelar Cikgu Cuk** pernah meminta wang sebanyak RM100,000 daripada pempengaruh Cik Epal dengan alasan kononnya mahu memberi dana kepada syarikat miliknya. Menurut Wanie, dia langsung tidak mengetahui mengenai perkara tersebut dan tidak pernah menerima sebarang wang daripada Cik Epal. Katanya, dia hanya mengetahui dakwaan berkenaan kira-kira tiga hari lalu. “Bulan empat, Cikgu Cuk** ada minta RM100,000 daripada Cik Epal dengan alasan kononnya nak fund kepada Hijabistahub. Saya tak pernah tahu pasal funding ini dan tak pernah terima apa-apa jumlah daripada Cik Epal dan saya baru tahu mengenai perkara ini pada 3 hari lepas,” tulisnya.
Dakwa Cari Mangsa Di Luar Circle Dan Terlibat Pemalsuan Dokumen
Dalam masa sama, Wanie mendakwa individu tersebut mula mencari mangsa di luar kelompok kenalan rapat selepas gagal melakukan penipuan terhadap rakan-rakan dalam lingkungan mereka sendiri. Menurutnya, kebanyakan pengasas dalam circle mereka sudah mengetahui mengenai dakwaan scam yang dilakukan sebelum ini. Wanie turut mendakwa individu tersebut terlibat dalam kes pemalsuan dokumen dan mendakwa peguamnya sendiri turut menjadi mangsa. “Semasa itu, kebanyakkan founder dalam circle kami sebenarnya dah tahu mengenai scam yang dia buat itu. Bila orang dalam circle sendiri dah mula tahu cerita sebenar, dia terpaksa cari mangsa di luar circle. Kalian ingin lihat kes lain yang ada dokumen hitam putih tak? Kes pemalsuan dokumen yang melibatkan firma guaman pula. Peguam dia sendiri pun kena scam macam itu sahaja,” ujarnya.
Jelas Hubungan Rapat Jadi Punca Mudah Percaya
Mengulas mengapa dia boleh mempercayai individu tersebut sebelum ini, Wanie berkata mereka sudah saling mengenali sejak tahun 2019 dan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Menurutnya, individu itu bukan sahaja dikenali sebagai penasihat cukai atau ejen cukai, malah merupakan seorang akauntan bertauliah, setiausaha syarikat serta sering menganjurkan majlis umrah. Atas faktor itu, dia dan rakan-rakannya amat mempercayai individu tersebut sebelum segala dakwaan terbongkar. “Yang tanya kenapa kami amat percaya pada dia, korang kena tahu kami dah kenal sejak 2019. Bukan kenal biasa-biasa tetapi memang rapat. Dia bukan sekadar penasihat cukai atau ejen cukai. Dia juga chartered accountant, syarikat secreteary, sahabat yang kami segani dan selalu anjurkan majlis umrah. Sebab itu, bila segalanya telah terbongkar, kami semua terkejut dan tak sangka dia boleh buat seperti itu,” jelasnya.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : Threads
Video :
https://www.tiktok.com/@osedapdotcom/video/7649660154945834261?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7415819078478939666