Aktivis Rohingya Memilih untuk Kritik Malaysia Yang beri Perlindungan dari Myanmar Yang Menghalau Mereka
Video Ucapan Lama Kembali Tular Di Media Sosial

Seorang aktivis Rohingya, Noor Azizah, menjadi perhatian ramai selepas rakaman ucapannya ketika menerima anugerah Marie Claire Women of the Year bagi kategori “Voice of Now” 2025 di Australia kembali tular di media sosial. Dalam ucapan tersebut, beliau menyentuh mengenai keadaan komuniti Rohingya di beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand selepas melarikan diri dari Myanmar. Video berdurasi satu minit 18 saat itu mula mendapat perhatian semula di Threads sejak Ahad apabila isu berkaitan Rohingya hangat diperkatakan oleh masyarakat.
Sentuh Isu Kanak-Kanak Rohingya Dan Pengalaman Di Negara Serantau

Dalam ucapannya, Noor Azizah mendakwa lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di Malaysia ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar di sebalik jeriji besi berbanding berada di dalam bilik darjah. Beliau turut mendakwa selepas melarikan diri dari Myanmar, komuniti Rohingya masih berdepan pelbagai cabaran di negara serantau. Noor Azizah mendakwa media sosial di Indonesia dipenuhi ucapan berbaur kebencian terhadap etnik Rohingya, manakala di Thailand pula sindiket pemerdagangan manusia didakwa memperdagangkan golongan tersebut sehingga menyebabkan ada yang dipaksa menjadi buruh, wanita menghilangkan diri dan keluarga terpisah di laut. Difahamkan, beliau yang kini menetap di Australia pernah menyampaikan ucapan berkenaan ketika majlis graduasi di University of Sydney pada tahun lalu sebelum mengulang siarnya di Instagram miliknya baru-baru ini dengan ruangan komen ditutup.
Kenyataan Cetus Perdebatan Dalam Kalangan Netizen
Perkongsian semula video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, khususnya di Malaysia. Ramai mempertikaikan tindakan Noor Azizah yang lantang menyentuh isu berkaitan negara ini ketika berada di pentas antarabangsa, dengan sebahagian netizen berpendapat beliau tidak menghargai bantuan dan perlindungan yang telah diberikan kepada komuniti Rohingya selama ini. Pada masa sama, isu berkenaan turut mencetuskan perbincangan lebih luas mengenai layanan terhadap pelarian, kebebasan bersuara serta cabaran yang dihadapi etnik Rohingya di rantau ini.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.