· · ·

Pengorbanan Puan Hajjah Normah Beri Harapan Baharu Kepada Lima Pesakit Melalui Derma Organ

Dakwaan Tular Libatkan Vendor Makanan Di Hospital Melaka

Seorang pelanggan mendakwa menemui ulat pada lauk ayam yang dibeli daripada sebuah vendor makanan di Hospital Melaka. Dakwaan tersebut menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna dikenali sebagai @pvtnaddy. Bersama perkongsian itu, beliau turut memuat naik gambar yang didakwa menunjukkan kehadiran ulat pada bahagian kulit ayam yang dibeli daripada vendor berkenaan.

Dakwa Rakan Sedar Selepas Menggigit Lauk Ayam

Menurut pemilik akaun tersebut, rakannya hanya menyedari perkara berkenaan selepas menggigit lauk ayam itu sebelum memeriksa dengan lebih teliti pada bahagian kulit ayam. Beliau mendakwa rakannya membeli lauk tersebut pada harga RM8 dan kemudiannya mendapati terdapat sesuatu yang mencurigakan ketika sedang menikmati makanan itu. Menerusi hantaran sama, beliau turut meluahkan rasa kecewa serta menggesa peniaga supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan tahap kebersihan makanan yang dijual kepada pelanggan sentiasa terjaga.

Orang Ramai Gesa Pemeriksaan Dilakukan

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai meluahkan rasa jijik serta mempersoalkan tahap kebersihan makanan yang dijual di kawasan hospital. Seorang lagi pengguna Threads turut menggesa pihak berkaitan supaya menjalankan pemeriksaan terhadap vendor terbabit bagi memastikan keselamatan makanan terus terjamin. Setakat ini, belum terdapat sebarang kenyataan rasmi daripada pihak vendor, pengurusan Hospital Melaka mahupun Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berhubung dakwaan yang tular di media sosial itu.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 


Tarziman —25/06/2026,  02.24PM