Wanita Pertahan Tindakan Menari Di Konsert Hujan, Dakwa Wujud ‘Halal Gap’
Wanita Tampil Jelaskan Video Tular Di Konsert Hujan

Sebuah video memaparkan beberapa wanita menari ketika Konsert Hujan baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita yang mendakwa dirinya berada dalam video tersebut tampil mempertahankan tindakan mereka selepas menerima kecaman daripada sebahagian netizen. Menurutnya, ramai membuat andaian tanpa mengetahui situasi sebenar di lokasi berkenaan.
Dakwa Hanya Berhibur Di Konsert, Bukan Kelab Malam
Wanita itu menjelaskan bahawa mereka sekadar menikmati persembahan di sebuah konsert dan bukannya berada di pusat hiburan malam seperti yang didakwa sesetengah pihak. Malah, dia meluahkan rasa kecewa apabila ramai pengguna media sosial mengecam mereka secara keterlaluan. Menurutnya, setiap individu mempunyai kekurangan dan tidak wajar menghukum orang lain seolah-olah diri sendiri tidak pernah melakukan kesilapan.
Sebut Wujud ‘Halal Gap’, Undang Pelbagai Reaksi
Dalam penjelasannya, wanita berkenaan turut mendakwa terdapat jarak antara penonton lelaki dan wanita atau “halal gap” sepanjang mereka menikmati konsert tersebut. Dia turut menggesa orang ramai supaya lebih berfikiran terbuka sebelum membuat penilaian terhadap individu lain berdasarkan rakaman video yang tular. Setakat ini, perkongsian tersebut terus mengundang pelbagai pandangan dengan ada yang mempertahankan penjelasannya, manakala sebahagian lagi tetap berpendapat tindakan itu tidak sesuai dilakukan di khalayak ramai.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.