“Macam Slow Slow Nak Free Hair Balik Je Tu” – Penampilan Terbaharu Norreen Iman Jadi Perhatian
Penampilan Terbaharu Norreen Iman Jadi Perhatian
Penampilan terbaharu pelakon Norreen Iman menjadi perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping gambar mengenakan turban yang menampakkan bahagian leher menerusi media sosial. Dalam perkongsian tersebut, Norreen turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan kehidupannya sejak kebelakangan ini, namun penampilannya itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Netizen Titip Nasihat Agar Terus Istiqamah
Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen mengambil kesempatan menitipkan kata kata semangat dan mendoakan agar Norreen terus istiqamah dalam mengekalkan imej bertudung. Pada masa sama, terdapat juga segelintir pengguna media sosial yang berpendapat penampilan terbaharu pelakon itu seolah olah memberi bayangan untuk kembali tidak bertudung. Antara komen yang mencuri perhatian berbunyi, “Macam slow slow nak free hair balik je tu.”
Ada Juga Persoal Perubahan Gaya Pemakaian
Selain isu turban, ada juga netizen yang mempersoalkan perubahan gaya pemakaian Norreen. Menurut mereka, pelakon itu sebelum ini sering dilihat mengenakan pakaian yang lebih labuh, namun kini tampil dengan pakaian yang lebih ketat berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, Norreen Iman masih belum mengeluarkan
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.