· · ·

PU Syed Saran DSV Dan Fazley Yaakob Segera Bernikah Jika Benar Serius

PU Syed Beri Teguran Buat DSV Dan Fazley

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran kepada usahawan Datuk Seri Vida (DSV) dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob susulan video mesra mereka yang tular di media sosial. Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed berkata sekiranya mereka benar-benar serius dalam hubungan tersebut, jalan terbaik adalah segera bernikah. Menurutnya, selepas bernikah mereka bebas melakukan apa sahaja sebagai suami isteri, namun tidak perlu terlalu berkongsi kemesraan di media sosial kerana bimbang mengundang pelbagai reaksi negatif.

Akui Ramai Netizen Luah Rasa Kurang Senang

Menurut PU Syed lagi, dia menerima banyak mesej daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang melihat kemesraan yang dipaparkan oleh kedua-dua mereka. Katanya, setakat pengetahuannya, DSV dan Fazley masih belum bernikah, justeru kemesraan yang dikongsikan dilihat seolah-olah seperti pasangan suami isteri. “Kita tak tahu status hubungan mereka, sama ada sudah menjadi suami isteri atau belum. Tapi setakat yang dimaklumkan, mereka masih belum bernikah. Kalau dilihat dalam video yang dikongsikan, banyak memaparkan kemesraan seolah-olah seperti pasangan suami isteri,” katanya.

Ingatkan Jaga Adab Dan Batas Pergaulan

Dalam masa sama, PU Syed turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa menjaga batas pergaulan dan adab, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkongsian di media sosial. Katanya, kemesraan pasangan yang belum mempunyai ikatan perkahwinan tidak sepatutnya dijadikan satu trend kerana boleh memberi contoh yang kurang baik kepada orang ramai. “Soalnya adakah sudah menjadi trend pasangan bercinta duduk bermesra walaupun di hadapan kamera untuk tontonan ramai. Perbuatan itu sepatutnya dielakkan demi menjaga tatasusila dan adab. Selagi mana kita tidak diikat dengan perkahwinan yang sah, jagalah adab,” katanya.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman — 10/07/2026,  02.51PM