“Mudah Untuk Dia Kahwin, Saya Nak Kahwin Susah” – Kes Lafaz Rujuk Adira Ditangguh Lagi
Kes Lafaz Rujuk Ditangguh Ke September
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menangguhkan kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan oleh Datuk Red, 48, terhadap bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi ke 3 September depan. Susulan penangguhan itu, Adira berkata dia belum mahu memikirkan soal mendirikan rumah tangga semula selagi kes berkenaan masih belum selesai. Baginya, sukar untuk merancang masa depan sekiranya urusan di mahkamah masih berjalan.
Adira Akui Belum Boleh Fikir Soal Kahwin
Menurut Adira, buat masa ini fokus utamanya adalah untuk menyelesaikan kes pengesahan lafaz rujuk tersebut terlebih dahulu. Malah, dia secara berseloroh berkata lebih mudah untuk Datuk Red berkahwin berbanding dirinya yang masih terikat dengan proses mahkamah. “Macam mana saya nak kahwin? Kes ini pun belum selesai lagi. Mudah untuk dia berkahwin kan? Saya nak kahwin susah. Macam mana kita nak rancang kalau perkara ini tak selesai lagi? Beri masa untuk saya selesaikan dulu. Kalau ada, Insya-Allah,” katanya.
Enggan Ulas Hubungan Dengan Jejaka Misteri
Dalam masa sama, Adira turut memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan seorang jejaka misteri yang sebelum ini menjadi perhatian ramai. Katanya, segala persoalan berkaitan kehidupan peribadinya akan dijelaskan selepas kes di mahkamah selesai sepenuhnya. Memetik laporan Utusan, prosiding yang berlangsung hampir dua jam itu dijalankan secara tertutup dengan kehadiran pihak defendan, manakala plaintif tidak hadir atas urusan peribadi.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.