“Carilah Kebahagiaan, Awak Berhak Bahagia” – Luahan Haqiem Stopa Buat Bekas Isteri
Haqiem Titip Penghargaan Buat Bekas Isteri
Personaliti media sosial, Haqiem Stopa menyifatkan bekas isterinya, Aireena Sofia sebagai seorang ibu terbaik buat anak lelaki mereka, Muhammad Hud Thalhah. Menerusi satu hantaran di TikTok, Haqiem berkongsi beberapa keping gambar memaparkan anak mereka yang sedang menerima rawatan di wad hospital. Turut kelihatan Aireena atau lebih dikenali sebagai Jane setia menemani dan menjaga anak mereka sepanjang berada di hospital.
Doakan Bekas Isteri Temui Kebahagiaan
Dalam kapsyen yang ditulis, Haqiem meluahkan penghargaan kepada bekas isterinya atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak mereka. “Terima kasih kerana menjadi seorang mummy yang terbaik di dunia untuk Aha. Terima kasih pada Allah. Alhamdulillah kerana kabulkan salah satu doa daddy ni.” Dalam masa sama, Haqiem turut menitipkan doa agar Aireena diberikan kebahagiaan yang selayaknya. “Ambil masa. Carilah kebahagiaan awak. Awak berhak bahagia. Tugas saya di sini cuma satu, jadi daddy yang soleh dan terbaik di dunia ni untuk Aha,” tulisnya.
Pernah Berdepan Konflik Selepas Bercerai
Terdahulu, Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Bagaimanapun, selepas perceraian mereka, kedua-duanya dilaporkan berdepan konflik dan perselisihan faham yang turut mendapat perhatian ramai.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : Youtube
Video :
https://www.tiktok.com/@haqiemstopa_starlive_oe/photo/7662687134045834517?_r=1&_t=ZS-9847wJqtQQu&image_index=3