· ·

Padah Lawan Arus Waktu Orang Pergi Kerja, Pemandu GT-R ‘Purple’ Kena Saman Trafik

Video 17 Saat Buat Ramai Geram

Video berdurasi 17 saat memaparkan sebuah Nissan GT-R berwarna ungu dipercayai melawan arus di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam jadi perhatian ramai di media sosial. Dalam video itu, kereta berkenaan dilihat berhenti di atas jalan sebelum seorang lelaki berbaju merah datang dan memarahi pemandunya. Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai mengesan video tersebut kira-kira jam 7 malam semalam.

Polis Dah Kesan Pemandunya

Lepas buat siasatan, polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.05 pagi semalam. Pemandunya pula dikenal pasti seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun. Polis kemudian mengeluarkan saman kepada pemandu GT-R tersebut di bawah Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat lalu lintas.

Boleh Didenda Sehingga RM2,000

Tan Seng Lee berkata jika sabit kesalahan, pemandu terbabit boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000. Beliau pada masa sama turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa ikut peraturan dan isyarat lalu lintas serta tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Facebook

Video : 


Tarziman — 22/07/2026,  04.31PM