· ·

Kecoh Jalur Gemilang Tak Ada Bulan Dan Bintang Di Batu Buruk, MB Terengganu Jelaskan Apa Yang Berlaku

Ramai Pelik Tengok Jalur Gemilang Tak Lengkap

Sejak Jumaat lalu, kecoh dekat media sosial bila satu video menunjukkan Jalur Gemilang yang dipasang di Dataran Batu Buruk, Terengganu nampak macam tak lengkap sebab tak ada lambang bulan dan bintang. Memang ramai yang tertanya-tanya macam mana benda macam ni boleh berlaku, lagi-lagi bila melibatkan bendera kebangsaan kita.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kemudian tampil menjelaskan bahawa kejadian itu dipercayai bukan sesuatu yang disengajakan. Menurutnya, ia merupakan kes terpencil dan siasatan lanjut akan dibuat supaya perkara sama tak berulang lagi, tak kira siapa yang bertanggungjawab memasang bendera tersebut.

Rupanya Bulan Dan Bintang Tercabut Masa Angin Kencang

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Lizan Che Mat pula menjelaskan yang Jalur Gemilang itu sebenarnya memang ada bulan dan bintang ketika mula dipasang. Cuma bahagian tersebut dijahit secara berasingan dan kemudiannya tercabut selepas kawasan itu dilanda angin kencang. Jadi bukannya dari awal mereka pasang bendera kosong tanpa dua lambang tersebut.

Pihak MBKT juga terus menurunkan bendera yang rosak pada hari kejadian dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang baharu. Menurut Lizan, selepas ini mereka tak akan menggunakan cara jahitan seperti itu lagi. Sebaliknya, MBKT akan membeli bendera yang sudah siap sepenuhnya supaya menepati spesifikasi dan masalah sama tak berulang.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : TIKTOK

Video : 

@m_b_thorn

fyp fypシ viral

♬ original sound - Faizal Tahir - Faizal Tahir


Tarziman — 11/08/2026,  04.02PM