Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan isu tempoh sah pasport Malaysia selama 10 tahun
· ·

Tiada Halangan Antarabangsa’ – Imigresen Jawab Isu Pasport Malaysia Sah 10 Tahun

Pasport 10 Tahun Tak Langgar Peraturan Antarabangsa

Baru-baru ini kecoh dekat media sosial bila timbul dakwaan kononnya pasport Malaysia yang mempunyai tempoh sah selama 10 tahun sudah melebihi had antarabangsa, malah dikatakan boleh menyebabkan penumpang berdepan masalah untuk menaiki pesawat. Tapi Jabatan Imigresen Malaysia tampil menafikan dakwaan tersebut. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menjelaskan memang tak ada undang-undang domestik atau antarabangsa yang melarang sesebuah negara mengeluarkan pasport dengan tempoh sah 10 tahun atau lebih.

Menurut Zakaria, dari sudut kawalan sempadan pun tak ada masalah sekiranya pasport mempunyai tempoh sah selama 10 tahun. Malaysia memang sudah menetapkan tempoh maksimum pasport kepada 10 tahun dan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada syarikat penerbangan antarabangsa. Penjelasan tersebut dibuat selepas satu hantaran oleh pengguna media sosial bernama Nurhamizah Zaid tular apabila dia mendakwa berdepan kesukaran bersama beberapa pelanggan ketika melancong di Zimbabwe, termasuk isu menaiki pesawat dan urusan bagasi.

Kalau Sistem Tak Terima, Beli Tiket Dekat Kaunter

Bagaimanapun, memang ada pemegang pasport 10 tahun yang dilaporkan mengalami masalah teknikal ketika membeli tiket penerbangan secara dalam talian. Kalau perkara ini berlaku, Imigresen menasihatkan supaya pembelian dibuat terus di kaunter syarikat penerbangan. Dengan cara itu, pihak syarikat penerbangan boleh terus menyemak dan mengesahkan pasport serta tempoh sahnya.

Zakaria turut menjelaskan Imigresen tidak akan mengeluarkan dokumen tambahan untuk membuktikan pasport 10 tahun itu sah kerana pasport tersebut sendiri sudah merupakan dokumen perjalanan yang sah. Imigresen juga mengesahkan pihaknya menerima beberapa aduan mengenai masalah tempahan tiket melibatkan pasport berkenaan dan isu itu kini sedang diberikan perhatian.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : nst | Threads

Video : 


Tarziman — 13/08/2026,  03:50PM