Peguam Muhammad Shah Hizam bercakap mengenai tindakan undang-undang susulan tuduhan dan ancaman berkaitan kes Rocky.
· ·

Kes Rocky, Peguam Shah Tuntut Permohonan Maaf Secara Terus

Peguam Mahu Permohonan Maaf Dibuat Terus Kepada Shah

Isu kes Rocky nampaknya belum habis lagi. Kali ini, peguam yang mewakili Muhammad Shah Hizam, 24, tampil menegaskan mana-mana pihak yang didakwa pernah menghina atau membuat tuduhan terhadap Shah perlu memohon maaf terus kepadanya. Bercakap dalam sidang media #JusticeForShah seperti dilaporkan Kosmo Online, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata status sebagai artis, pempengaruh, selebriti atau netizen bukan alasan untuk menuduh seseorang tanpa usul periksa. Menurutnya, memang ada pihak yang sudah memuat naik permohonan maaf, tetapi permohonan itu sepatutnya ditujukan kepada Shah sendiri kerana dialah individu yang menerima kesannya. Bagi pihak peguam, minta maaf dekat akaun sendiri kepada ratusan ribu pengikut tak sama dengan berdepan dan minta maaf kepada orang yang dituduh.

Bukan Setakat Kena Kecam, Siap Ada Ancaman

Menurut pihak guaman, apa yang berlaku terhadap Shah bukan sekadar komen marah biasa. Mereka mendakwa ada hantaran dan video yang meminta Shah dihukum mati, selain ancaman fizikal terhadap dirinya dan ahli keluarga. Identiti serta wajah Shah juga dikatakan tersebar luas, malah ada yang menyunting wajahnya pada badan anjing. Peguam meminta orang ramai fikir semula kesan benda macam ni terhadap seorang pemuda berusia 24 tahun yang masih ada keluarga, kawan dan masa depan. Dalam masa sama, pihak guaman memaklumkan segala tangkapan layar, pautan, tarikh hantaran, jumlah tontonan dan kandungan yang dianggap berunsur fitnah atau ancaman sedang dikumpulkan sebagai bukti untuk tindakan lanjut.

Peguam Persoal Bukti Shah Bunuh Rocky

Pihak peguam turut mempersoalkan asas tuduhan yang mendakwa Shah memukul atau menyeksa Rocky sehingga mati. Menurut mereka, tuduhan sebegitu tak sepatutnya dibuat hanya berdasarkan potongan video atau andaian yang tersebar di media sosial. Mereka menegaskan setakat dakwaan yang dibuat, tiada bukti jelas yang menunjukkan Rocky mati akibat perbuatan Shah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak. Disebabkan itu, pihak guaman mahu orang ramai berhenti membuat hukuman sendiri sebelum keseluruhan fakta diketahui. Buat masa ini, bukti digital berkaitan tuduhan terhadap Shah terus dikumpulkan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didakwa melampaui batas.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Kosmo online,

Video : 


Tarziman — 14/08/2026,  04:28PM