Aliff Aziz Kembali Menyanyi, Netizen Puji Suara Unik & Doakan Kebahagiaan
Persembahan Santai Aliff Aziz Tular, Nyanyi Lagu DβMasiv
Penyanyi Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas sebuah video memperlihatkan dirinya menyanyi secara santai tular di TikTok. Menerusi video tersebut, Aliff mendendangkan lagu βRindu Setengah Matiβ yang popular oleh kumpulan Indonesia, DβMasiv, di hadapan penonton di Marina Bay, Olympic Walk, Singapura.
Walaupun duduk ketika menyanyi, lontaran vokal Aliff tetap mantap dan bertenaga, membuktikan bakatnya masih utuh meskipun selepas pelbagai kontroversi melanda.
Netizen Tersentuh, Puji Suara Unik Aliff Aziz
Ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan kata-kata semangat dan doa daripada netizen yang mengharapkan agar Aliff benar-benar bangkit dan mengambil iktibar daripada episod hidupnya yang lalu.
βSuara sedap, dia pula juaraβ¦ cuma dia gagal dengan ujian dia. Semoga terus berjaya dan cari bahagia dengan jodoh yang lain.β
βGembira bila Aliff buat comeback, suaranya unik.β
βSiapa yang tak pernah buat silap? Semoga selepas ini hidup dia lebih baik dan bertemu dengan wanita yang baik-baik juga.β
Malah ada yang mengaitkan emosi lagu itu dengan kerinduan Aliff terhadap anak-anaknya, memandangkan kehidupannya kini telah banyak berubah.
β
Baca juga : ββRebirthβ Aliff Aziz: Mula Baru atau Gimik Terbaru?β
Baca juga : Aliff Aziz Ucap Terima Kasih Kepada Pengikut, Berjaya Pujuk Wanita Merajuk β βTerima Kasih, Ia Berjaya!β
Kontroversi Lalu: Detik Sukar Dalam Kehidupan Aliff
Tahun 2024 merupakan antara tempoh paling mencabar buat Aliff Aziz. Namanya menjadi hangat selepas ditangkap berkhalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Lebih menyedihkan, rumah tangganya bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai pada 13 Jun tahun lalu.
Doa Netizen: Semoga Bangkit dan Bertemu Jodoh Yang Baik
Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, Aliff tetap mempunyai penyokong setia yang percaya bahawa setiap insan berhak diberi peluang kedua.
βJodoh dan takdir sudah berubah, mungkin ada orang lain yang boleh mengubah dia. Ujian setiap orang berlainan.β
Netizen turut berharap agar kemunculan semula Aliff dalam dunia seni membawa sinar baru, bukan sahaja dalam karier tetapi juga dalam kehidupan peribadinya.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@justforfunbunny rindu setengah mTi π₯°.... Let people say whatever they like, that's just an opinion, Don't let them make you doubt yourselfπ₯°π₯°π₯° #fypage #coversong #aliffaziz #rindusetegahmati
β¬ original sound - Ιπ΅ππ κΙ½π π΅πππ΅πππ - Ιπ΅ππ κΙ½π π΅πππ΅πππ
B Tarziman β 30 Jun 2025,Β 2: 32PM



