Sistem MAHB Digodam, PMX Tolak Bayar RM45 Juta: “Kita Tak Akan Layan Ancaman!”
Kecoh satu negara apabila sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) disahkan menjadi sasaran serangan siber! Lebih membimbangkan, penggodam yang dipercayai kumpulan profesional menuntut wang tebusan sebanyak USD10 juta (sekitar RM45 juta) bagi memulihkan sistem yang lumpuh.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sempena sambutan Hari Polis ke-218 baru-baru ini. Beliau menyatakan sistem MAHB telah digodam dalam tempoh satu hingga dua hari lalu, menyebabkan beberapa sistem kritikal seperti paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi lumpuh hampir 10 jam.
Walaupun berdepan tuntutan berjuta ringgit, Anwar tegas menyatakan bahawa kerajaan TIDAK akan tunduk atau membayar sebarang bentuk wang tebusan kepada penggodam. Sebaliknya, beliau mengumumkan rancangan kerajaan untuk memperkukuh sistem keselamatan siber negara dengan penambahan peruntukan khas.
Setakat ini, pihak MAHB masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai punca sebenar dan sejauh mana kerosakan berlaku. Namun, di media sosial, pengguna melaporkan pelbagai gangguan di lapangan terbang utama termasuk kelewatan daftar masuk dan kekeliruan paparan jadual penerbangan.
Insiden ini menimbulkan persoalan besar mengenai tahap keselamatan sistem digital agensi utama negara dan menambah tekanan kepada pihak berwajib untuk bertindak lebih agresif menangani jenayah siber di peringkat nasional
Sumber : Youtube