· · ·

Fara Salleh Dilepaskan Melalui Panggilan Telefon, Dakwa Shuk Buang Anak Sebelum Lahir

Fara Salleh dedah diceraikan Shuk Sahar melalui WhatsApp dari Thailand. Dakwa Shuk tak pernah akui anak mereka dan gagal jalankan tanggungjawab suami.

Fara Salleh: “Kesian Anak, Bapa Buang Sebelum Lahir Lagi”

Influencer dan personaliti media sosial, Fara Salleh, mencuri perhatian selepas mendedahkan dirinya diceraikan melalui panggilan telefon WhatsApp oleh pelawak terkenal Shuk Sahar — dari luar negara.

Lafaz cerai dikatakan dibuat di sebuah pejabat agama di Satun, Thailand, hanya beberapa bulan selepas mereka berkahwin.

Namun, bukan soal cerai yang paling menyayat hati — tetapi kenyataan Fara bahawa anak dalam kandungannya telah ‘dibuang’ sejak belum sempat lahir.

“Kesian dekat anak saya… sebab ayah dia tolak kehadirannya sebelum sempat tengok dunia,” tulis Fara dengan nada sebak di Instagram.

Baca Juga : Shuk Sahar nafi biar isteri gantung tak bertali, perkahwinan belum didaftarkan pun sebenarnya

Baca juga : Fara Salleh dakwa Shuk Abaikan Kandungan Hanya Tahu Sumbang Sperma, Sibuk Buat Konten Sampah Dengan Kawan kawan

 

Lafaz Cerai Luar Negara, Tapi Tetap Akan Disahkan Di Malaysia

Walaupun perceraian dilakukan di Thailand, Fara menegaskan bahawa proses undang-undang di Malaysia akan tetap dijalankan. Dia memaklumkan akan ke Mahkamah Rendah Syariah Segamat untuk menyelesaikan urusan pengesahan pernikahan mereka.

“15 April nanti saya akan uruskan pendaftaran nikah secara rasmi,” katanya.

Tuntutan Nafkah Anak – “Tak Boleh Kurang, Hak Tetap Hak”

Fara yang kini hamil dan dijangka bersalin Julai ini, menyatakan komitmen untuk menuntut nafkah penuh buat anaknya — sejak dari awal kehamilan lagi.

“Saya akan tuntut hak anak saya sepenuhnya. Tiada kompromi, tiada potongan. Semua dari awal perlu dijelaskan.”

Dia turut mendedahkan bahawa hampir semua keperluan asas — dari pakaian hinggalah penjagaan diri — terpaksa ditanggung sendiri tanpa sokongan suami.

“Dia tak pernah belikan baju, skincare pun tak pernah. Saya survive guna duit sendiri. Dia cuma sediakan makan dan minum, itu saja.”

Rumah Tangga Singkat, Tapi Sarat Luka

Pasangan ini berkahwin pada November 2023, hanya beberapa bulan selepas Shuk menceraikan bekas isteri pertamanya, Rossa Sera, pada 22 Mac 2023. Shuk dan Rossa mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Namun, rumahtangga Shuk dan Fara dihimpit isu sejak awal. Fara pernah berkongsi rasa kecewa terhadap sikap Shuk yang dikatakan tidak bertanggungjawab, sering mengutamakan kawan-kawan, serta mengabaikan keperluan emosi dan fizikal isteri, walaupun ketika dia sedang menerima rawatan di hospital.

“Kalau betul dia faham agama dan tanggungjawab, dia takkan buat begini,” katanya lagi.


Sumber : HarianMetro