Pelancong Wanita Muslim Bertudung Dakwa Dilayan Rasis di Korea Selatan: “Kami Diusir Dari Kedai”
Seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya di Korea Selatan apabila mendakwa dirinya dan beberapa rakan wanita Muslim bertudung dilayan secara rasis, termasuk dihalau dari premis perniagaan serta diserang secara lisan oleh penduduk tempatan.
Kisah itu tular selepas pengguna TikTok terbabit memuat naik pendedahan mengejutkan mengenai layanan berbeza yang diterima antara pelancong Muslim yang bertudung dan mereka yang tidak bertudung.
“Kami Bertudung, Mereka Nampak Kami Lain”
Menurut wanita itu, sepanjang berada di Korea selama empat hari, dia menyaksikan sendiri bagaimana rakan-rakannya yang bertudung dihalau keluar dari kedai, dihamburkan kata-kata rasis, dan dipandang dengan jijik oleh golongan warga tempatan, terutama yang berusia.
“Mereka masuk kedai, terus kena halau dengan kata-kata kasar seperti ‘keluar!’. Yang tak bertudung macam saya dan kakak saya dilayan baik sebab mereka tak tahu kami Muslim.”
Baca Juga : Peniaga Di Korea Jual Lemang Instant, Masak 3 Minit & Boleh Terus Makan
Baca juga : Pengaruh Korea Ini Mengakui Durian Malaysia Lebih Enak Daripada Thailand
Diserang Lelaki Di Stesen Kereta Api
Lebih mengejutkan, mereka turut berdepan dengan insiden fizikal apabila seorang lelaki menolak salah seorang daripada mereka dan memandang dengan penuh kebencian, sebelum menyerang secara lisan dalam bahasa Korea.
“Kami minta tolong dari seorang wanita tempatan untuk panggil pengawal keselamatan. Tapi lelaki itu tetap datang semula dan cuba memukul dua rakan saya.”
Pengalaman Buruk Dalam Kenderaan Awam
Wanita itu turut mendedahkan bahawa mereka pernah menaiki Uber, dan pemandunya menunjukkan kandungan anti-Islam dan memaksa mereka dengar hujah-hujah palsu mengenai agama Islam.
“Mereka pro-Israel dan cuba tunjuk betapa salahnya Islam melalui Google Translate. Kami terpaksa dengar semua itu.”
“Saya Tak Akan Kembali Ke Korea”
Dalam nada kecewa, wanita itu berkata dia tidak akan mengesyorkan Korea Selatan kepada sesiapa pun — terutama wanita Muslim yang bertudung — kerana layanan yang diterima dianggap sangat tidak berperikemanusiaan.
“Saya benci negara itu. Orang-orangnya sangat kasar, rasis. Korea Selatan terlalu dibesar-besarkan. Kalau nak ke sini juga, datanglah dengan lelaki.”
Korea Selatan Bukan Kali Pertama Dituduh Rasis
Kes ini bukan yang pertama. Sebelum ini, ramai warga asing termasuk dari China, Jepun, negara Afrika dan Asia Tenggara pernah melaporkan pengalaman diskriminasi kaum dan agama ketika melancong atau menetap di Korea Selatan — khususnya oleh generasi lebih tua.
Sumber : Tiktok
https://www.tiktok.com/@skinnedolives/video/7490854584294952199?is_from_webapp=1&sender_device=pc