Irfan Haris Kongsi Fattah Amin Datang Beraya ke Rumah, Ibu Masak Sambal Udang Kegemaran ‘Abang Long’
Penyanyi Irfan Haris baru-baru ini berkongsi detik istimewa apabila pelakon dan penyanyi terkenal, Fattah Amin, hadir beraya ke rumah keluarganya di Johor.
Ibu Siap Masak Lauk Kegemaran Fattah
Dalam siaran langsung di TikTok, Irfan menceritakan bagaimana ibunya secara khas menyediakan sambal udang — hidangan kegemaran Fattah yang juga dipanggilnya sebagai ‘Abang Long’.
“Selalunya mama masak rendang atau lauk raya lain, tapi kali ini dia masak sambal udang banyak sangat. Saya tanya, ‘Ada orang nak datang ke?’ Mama jawab, ‘Abang Long nak datang beraya.’ Terus saya excited!”
Perkara ini juga selari dengan kenyataan ibu Fattah sebelum ini, Azizah Abdul Ghani, yang pernah berkongsi bahawa anaknya sangat gemar lauk sambal udang.
Baca Juga :: Fattah Amin Akhirnya Buka Mulut, Akui Keluarga Restu Hubungan Dengan Amira Othman
Baca juga : Fattah Amin Jawab Gosip Sudah Bertunang Dengan Amira Othman – ‘Kalau Betul, Tak Boleh Sorok’
Satu Keluarga Sedondon Warna Kelabu
Irfan turut menceritakan arahan dari kakaknya, Amira Othman, yang meminta semua ahli keluarga untuk berpakaian warna kelabu menyambut ketibaan Fattah.
“Kak Ya ketuk bilik saya cakap ‘semua pakai grey!’ Saya terus panik sebab tak jumpa baju warna tu. Geledah punya geledah, akhirnya jumpa juga.”
Apabila turun ke ruang tamu, Irfan mendapati bukan sahaja ahli keluarganya, bahkan Fattah Amin juga berpakaian warna kelabu, menjadikan semuanya nampak sedondon — termasuk ibu bapa mereka dan abang-abang Irfan.
Buat Tarian ‘Velocity’ Bersama
Lebih mencuri perhatian, mereka sekeluarga siap merakam konten menari lagu ‘Velocity’, yang kini sedang tular. Amira sendiri yang mengajar Fattah gerakan tari tersebut.
“Saya tengok je diorang, terus saya cakap ‘korang ambillah bumi ni’. Bila kami post, ramai yang suka dan panggil ‘velocinta’.”
Video itu menerima reaksi positif daripada ramai netizen yang seronok melihat keakraban Fattah dan keluarga Irfan, serta vibe kekeluargaan yang terserlah dalam suasana Aidilfitri.
Sumber : T