· · ·

“Maggi Goreng Edisi Trauma” – Doktor Terkejut Jumpa Ulat Beluncas Dalam Makanan Di Restoran Mamak

Kebersihan makanan adalah aspek paling asas dalam penyediaan hidangan, namun kes-kes pelanggan menerima makanan yang menjijikkan masih terus berlaku — termasuk insiden terbaharu membabitkan seorang doktor kesihatan di Johor Bahru.

Sedap Makan, Tiba-Tiba Jumpa ‘Protein Tambahan’

Dalam satu video yang kini tular di TikTok, Dr Kho (@khomathedevarajan) berkongsi detik ‘ngeri’ ketika sedang menikmati mi segera goreng (Maggi goreng) bersama rakannya di sebuah restoran mamak sekitar Johor Bahru.

Menurutnya, beliau hanya menyedari sesuatu yang pelik selepas hampir setengah pinggan dimakan, sebelum ternampak seekor ulat beluncas sepanjang lebih kurang 3cm berada di dalam makanannya.

“Restoran bagi extra protein percuma… Maggi goreng edisi trauma,” katanya secara berseloroh namun kecewa.

Peringatan Serius Buat Pelanggan

Dalam perkongsian lanjut, Dr Kho menasihatkan semua pelanggan untuk sentiasa memeriksa makanan terlebih dahulu sebelum menjamah — lebih-lebih lagi jika makan di luar.

“Saya sendiri terkejut. Tolong tengok dulu makanan korang… jangan terus suap. Bukan semua benda nampak dari awal.”

Baca Juga :: Kek Coklat ‘Premium’ FendyMojo Berkulat, Netizen Kecam Harga Dan Kualiti Tak Setimpal

Baca juga : “Saya Filipina-Malaysia” – Ulat Gambar KLCC Kantoi Menipu Pelancong!

Netizen: “Lepas Ini Kena Kaji Menu Mamak”

Insiden itu mendapat pelbagai reaksi di ruangan komen. Ramai netizen berkongsi rasa jijik, malah ada yang turut menceritakan pengalaman buruk masing-masing di restoran mamak.

“Saya pernah jumpa bulu tangan dalam roti canai. Sejak tu memang serik dah,” tulis seorang pengguna.

“Chef bagi Maggi special… perisa alam semula jadi,” tambah seorang rakan kepada Dr Kho dalam nada sinis.

Kes Sebelum Ini: Lipas Dalam Nasi Putih

Insiden ini turut mengingatkan netizen pada satu kes sebelum ini, apabila seorang wanita bernama Nadia mendapati terdapat dua ekor lipas besar dalam nasi berlauk ayam kicap yang dibelinya.

Dia berseloroh bahawa “tenaga extra” mungkin diperoleh jika dia tidak sedar dan tertelan lipas tersebut.

Sumber : Tiktok 

@khomathedevarajan

Restoran Habib bagi extra protein percuma, maggi goreng trauma edition 🐛🐛🐛🤮!! #fyp #fy #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #viral #viralvideo #viraltiktok #maggibeluncas #tampoi #tampoiindahjb #restoranhabib #habib #foodfail #ulatdalammaggi #malaysiatiktok #makanapahariini #foodie #foodienightmare #viralforyou #viralfood #caterpillar

♬ original sound - Deno - Deno