· · ·

Syed Saddiq Dedah Bawa Kipas Dalam Beg Sejak Kena Ikut  Bella Astillah ke Lokasi Penggambaran

Hubungan rapat antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dan selebriti terkenal Bella Astillah terus menjadi perhatian warganet — lebih-lebih lagi selepas satu video tular di TikTok memperlihatkan tingkah laku comel ahli politik itu.

“Saya Bawa Kipas Sejak Ikut Bella Shooting”

Dalam video tersebut, Syed Saddiq dilihat mengeluarkan sebuah kipas tangan elektronik dari dalam begnya, sambil berkongsi bahawa tabiat itu bermula sejak dia menemani Bella ke sesi penggambaran.

“Mengikuti Bella semasa shooting… saya mula bawa kipas. Tapi dalam beg ini bukan setakat kipas je,” katanya sambil tersenyum.

Beg Berat Untuk ‘Workout’

Menariknya lagi, Saddiq juga menjelaskan bahawa dia sengaja membawa beg berat sebagai sebahagian daripada rutin senaman hariannya.

“Saya memang sengaja beratkan beg ni. Jalan-jalan dekat Parlimen pun ada yang gelakkan saya,” selorohnya dalam nada santai.

Baca Juga :: Video Bella Astillah dan Syed Saddiq kongsi tisu lap mulut jadi tular. Netizen berbelah bahagi – sweet atau terlalu mesra untuk tontonan umum?

Baca juga : Syed Saddiq & Bella Astillah Tayang Baju Raya Sedondon, Netizen Yakin Sudah ‘Official’!

 

 

 

Netizen Mula ‘Shipping’ Saddiq & Bella

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyatakan sokongan terhadap hubungan mesra Saddiq dan Bella, sambil mengatakan tindakan Saddiq membawa kipas adalah tanda dia akan sentiasa ingat pada Bella ke mana sahaja dia pergi.

“Sweet sangat, bawa kipas sebab Bella. Confirm tak boleh lupa dah,” tulis seorang pengguna TikTok.

Pernah Bergandingan Dalam Promosi & Muzik Video

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella Astillah sebelum ini pernah bekerjasama dalam beberapa projek termasuk promosi jenama pakaian tempatan. Saddiq juga pernah membuat kemunculan dalam video muzik Bella berjudul ‘Tapi Bukan Denganmu’.

Namun begitu, kedua-duanya masih belum mengesahkan hubungan mereka secara rasmi, sebaliknya hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik.

@_xzimxh

Siapa yang tak sihat? Boleh dapatkan vitamin disini 😂 #YBSS #BB #syedsaddiq #bellaastillah #sweetcouple #lovestory #viral #hottrend #MUAR #jalantegak #bukuYB #karangkrafmall

♬ Keliru - IMRAN JAAFAR

Sumber : Tiktok