· · ·

Azealia Banks Gelar dan Hina Indonesia Sebagai ‘Tong Sampah Dunia’ Sama Seperti India

Penyanyi rap kontroversi dari Amerika Syarikat, Azealia Banks, kembali mencetuskan reaksi negatif di media sosial apabila dia menghina Indonesia secara terbuka dengan melabelkan negara itu sebagai ‘tong sampah dunia’.

Tuduhan Terhadap Tahap Pencemaran dan Penghantaran Sampah

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di platform X (dahulunya Twitter), Azealia bukan sahaja membandingkan Indonesia dengan India dari segi pencemaran alam sekitar, malah turut mendakwa negara tersebut telah dijadikan tempat pembuangan sisa dunia oleh kuasa besar Barat.

“Indonesia adalah tong sampah dunia. Saya tak akan makan apa-apa dari Lautan Hindi,” tulisnya.

Banks turut menyalahkan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah kerana menghantar sisa buangan ke negara membangun seperti Indonesia, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk penindasan terhadap alam sekitar.

Baca Juga :: Malaysia Jadi ‘Tong Sampah’ Negara Maju! Dibanjiri Sisa Elektronik Haram

Baca juga : Netizen Indonesia Panas, Mat Saleh Dedah Sampah di Malaysia Didakwa Berpunca Dari Warga Asing Indonesia?

Serangan Terhadap Elon Musk & Jeff Bezos

Azealia juga tidak ketinggalan menyindir tokoh teknologi seperti Jeff Bezos dan Elon Musk, mendakwa mereka lebih obses dengan projek angkasa lepas berbanding menyelesaikan masalah sampah dunia.

“Daripada hantar orang macam Katy Perry ke angkasa, lebih baik bersihkan sampah dari bumi dan hantar ke Marikh,” katanya secara sinis.

Menurutnya, penerokaan angkasa hanya mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang lebih mendesak seperti kesihatan awam dan pencemaran alam sekitar.

Kritikan Balas Netizen

Kenyataan Azealia Banks pantas mengundang kemarahan warganet, terutama dari kalangan rakyat Indonesia yang menganggap kenyataan tersebut sebagai biadab dan tidak sensitif.

Ramai turut mengingatkan penyanyi itu tentang rekod kontroversinya sendiri yang sering menyerang individu atau negara secara terbuka di media sosial.

Isu Sampah Global: Ada Benarnya, Tapi Caranya Salah?

Walaupun isu penghantaran sampah dari negara maju ke negara membangun adalah realiti yang telah lama dibangkitkan dalam debat global, cara penyampaiannya oleh Banks disifatkan tidak profesional dan menghina.

Sumber : Twitter (X) 

https://x.com/azealiaslacewig/status/1910671732769272210