· · ·

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia pada Usia 85 Tahun di IJN

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia pada Usia 85 Tahun di IJN

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2025 – Negara kehilangan seorang tokoh negarawan apabila bekas Perdana Menteri ke-5 Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkhabaran duka itu disampaikan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran di Instagram Story yang memohon doa dan sedekah Al-Fatihah buat arwah.

“Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulis Khairy ringkas.

Baca Juga :: Pelakon Veteran Roslan Saleh Meninggal Dunia – Dunia Seni Kehilangan Permata Berharga

Baca juga : Tun Daim Zainuddin Meninggal Dunia Pada Usia 86 TahunAllahyarham Tun Abdullah, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, berusia 85 tahun dan telah lama berdepan masalah demensia, yang menyukarkan beliau mengingati nama dan wajah ahli keluarga sejak beberapa tahun lalu.

Latar Belakang Ringkas:

Pak Lah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 2003 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 22 tahun pemerintahan. Beliau dikenang sebagai seorang pemimpin yang berjiwa lembut, berprinsip sederhana dan berusaha memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari dalam pentadbiran negara.

Antara sumbangan terbesar beliau termasuk pembaharuan dalam sistem pentadbiran awam, memperkukuh integriti dalam perkhidmatan kerajaan, serta memperkasa institusi pendidikan tinggi negara.

Sumber : Instagram

https://x.com/i/status/1911770549308866903 

https://x.com/i/status/1911759438815584759