“Hadiah Luar Biasa” – Noorkhiriah Terima Set Kain Kafan Sempena Hari Jadi ke-47
Noorkhiriah Terima Kain Kafan Sempena Hari Jadi, Anggap Sebagai Peringatan Kematian
Pelakon berkaliber Noorkhiriah Ahmad Shapie berkongsi detik luar biasa apabila suaminya, Azfaizul Ahtan menghadiahkan set kain kafan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47.

Menerusi hantaran di media sosial, Noorkhiriah berkata beliau menerima hadiah yang dibalut kemas dengan riben merah itu dengan hati terbuka, walaupun ia sesuatu yang tidak dijangka.
“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang… Kain kafan hadiah hari jadi dari suami. Siap dengan riben. Saya terima.”
Simbolik Mengingati Kematian
Menurut Noorkhiriah, pemberian itu membawa makna yang besar dan menyentuh emosi, apatah lagi pada hari yang sama beliau terlibat dalam penggambaran di kawasan perkuburan.
Baca juga : Alif Satar Tegaskan Tahu Batas, Tiada Sentuhan dengan Pelakon Wanita dalam Video Promosi Filem Reeza GTR
Sudah 18 Tahun Berumah Tangga
Untuk makluman, Noorkhiriah telah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 18 tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu:
- Muhammad Hudhaifah (15 tahun)
- Muhammad Yusoff (13 tahun)
- Nur (6 tahun)
.Sumber : HARIANMETRO