· · ·

Pelakon Indonesia Sekar Arum Kantoi Guna Duit Palsu, Ditahan Ketika Shopping

Sekar Arum Ditahan Polis Selepas Kantoi Cuba Guna Duit Palsu Ketika Shopping

SEKAR ARUM WIDARA DITAHAN POLIS DI JAKARTA SELEPAS DIDAKWA CUBA GUNA DUIT PALSU UNTUK MEMBELI-BELAH
Pelakon Indonesia Sekar Arum Kantoi Guna Duit Palsu, Ditahan Ketika Shopping

Pelakon drama Indonesia, Sekar Arum Widara, kini berdepan siasatan selepas ditahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan menggunakan wang palsu ketika membeli-belah di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jakarta Selatan.

Insiden yang berlaku pada 2 April lalu itu menjadi perhatian ramai apabila Sekar, 41, dilaporkan melakukan tiga percubaan berasingan untuk membayar barangan dengan wang palsu.

Menurut Ketua Unit Ranmor Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan, Inspektor Teddy Rohendi, juruwang berjaya mengesan kelainan pada wang yang diberikan Sekar sebelum sempat transaksi diselesaikan.

“Suspek dipercayai cuba melakukan pembayaran menggunakan wang palsu sebanyak tiga kali pada hari yang sama. Mujur pekerja kedai peka dan terus laporkan kepada keselamatan,” ujar Teddy kepada media tempatan.

Baca Juga :: Azealia Banks Gelar dan Hina Indonesia Sebagai ‘Tong Sampah Dunia’ Sama Seperti India

Baca juga : Siri Bidaah Curi Tumpuan Penonton Indonesia, Watak Walid Jadi Fenomena di TikTok

Wang Palsu & Barang Bukti Dirampas Dalam Beg Tangan

Sekar Arum kemudiannya ditahan oleh pengawal keselamatan pusat beli-belah sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan dalam beg tangan suspek menemukan sejumlah wang palsu yang dianggarkan bernilai RM59,000, serta beberapa barangan lain termasuk telefon bimbit.

Sekar Dakwa Duit Itu Diberi Oleh Rakan

Dalam keterangannya kepada pihak polis, Sekar mendakwa bahawa wang tersebut diberikan oleh seorang rakannya dan dia tidak tahu bahawa wang itu adalah palsu.

Walau bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sumber sebenar wang terbabit dan sama ada terdapat rangkaian sindiket di sebalik kejadian ini.

.Sumber : CNN INDONESIA