· · ·

Abby Abadi Rasa Kehilangan Marissa Lepas Kahwin, Terkilan Tak Pernah Jumpa Menantu

Penyanyi dan pelakon terkenal, Abby Abadi meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap situasi yang berlaku selepas anak perempuannya, Marissa, berkahwin dengan Ahmad Aslam pada Disember 2023.

Menurut Abby atau nama sebenar beliau Arbaiyah Abdul Manan, beliau merasakan seolah-olah “kehilangan” Marissa selepas anaknya itu berkahwin tanpa pengetahuan dan keizinan daripadanya.

“Saya Dah Tak Ada Marissa Sejak Dia Kahwin”

Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Abby menyuarakan rasa terkilan kerana Aslam tidak pernah datang berjumpa dengannya sebelum menikahi anaknya.

“Saya jaga anak saya daripada kecil, bagi makan, minum, pelajaran… sampai besar dan cantik. Tiba-tiba dia ambil anak saya macam tu saja. Sejak dia kahwin, saya macam dah tak ada Marissa.”

Aslam Minta Maaf di Threads, Tapi Tak Pernah Hadir Jumpa Abby

Ketika live berlangsung, Abby turut membaca permohonan maaf terbuka Aslam melalui aplikasi Threads. Namun menurutnya, tindakan itu tidak memberi sebarang kesan kerana Aslam tidak pernah tampil secara bersemuka.

“Kau tahu kau salah, tapi bila anak aku kena maki, kau tak bantu pun. Minta maaf dekat Threads tu buat apa? Tak ‘function’ pun.”

Abby kemudian menyeru netizen untuk bantu sampaikan pesanan kepada Aslam agar berjumpa dengannya secara langsung.

“Siapa-siapa, tolong komen suruh Aslam datang menghadap saya. Sampai ke hari ni, saya tak pernah bercakap dengan dia. Dia tak pernah minta maaf betul-betul.”

Baca Juga : Kongsi Detik Keluarga Berkumpul, Abby Abadi, Memey Suhaiza & Marissa Dah Berdamai

Baca juga : ‘Saya Rasa Marissa Ikut Ayah Dia, Masa Norman Kahwin Dulu Pun Saya Tak Tahu’ – Abby Abadi

Isu Minta Maaf Kepada Isteri Pertama Aslam Timbul

Terdahulu, Abby turut mempersoalkan permintaan segelintir pihak yang mahu dia memohon maaf kepada madu Marissa, iaitu isteri pertama Aslam – Umisya Mazlan. Abby berpendapat sebaliknya, Aslam yang sepatutnya datang memohon maaf kepadanya secara peribadi.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Aslam juga berkahwin dengan Umisya pada Julai 2020 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: TikTok 

@thehazzzzzzzs

Komen Abby Tentang Aslam

♬ original sound - ٥ - ٥

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos