· · ·

Trump Keras Terhadap China, Tapi Setiausaha Akhbarnya Pula Pakai Baju “Made in China” Reka Bentuk Rakyat Malaysia?

Karoline Leavitt Dikecam Pakai Baju Buatan China Semasa Kritik China

Setiausaha akhbar kepada Donald Trump, Karoline Leavitt kini menjadi bualan hangat apabila pakaiannya mencuri tumpuan netizen — bukan kerana gaya, tetapi kerana ironi di sebalik jenama dan asal usul baju tersebut.

Bersuara Keras Tentang China

Ketika sesi taklimat akhbar baru-baru ini, Leavitt dengan lantang mempertahankan tindakan pentadbiran Trump yang ingin melipatgandakan tarif ke atas import dari China.

“Presiden sangat tegas terhadap China… Tarif bernilai berbilion dolar telah dilaksanakan,” katanya.

Namun di sebalik kenyataan pedas itu, ramai netizen mendapati pakaian yang dipakainya pada hari itu sebenarnya buatan China.

Dari China Ke London Ke Malaysia

Baju tersebut merupakan dari jenama Self-Portrait, label fesyen terkenal yang berpengkalan di UK. Menariknya, baju itu dibuat di China dan direka oleh Han Chong, seorang pereka fesyen yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.

Menurut portal The Cut, pakaian berkenaan dianggarkan bernilai USD376 (sekitar RM1,660).

SETIAUSAHA TRUMP DIKECAM PAKAI BAJU BUATAN CHINA REKAAN RAKYAT MALAYSIA
Setiausaha Trump Dikecam Pakai Baju Buatan China Rekaan Orang Malaysia

Baca Juga : Trump Cetus Panik Dunia, Tarif Baharu Amerika Syarikat Dijangka Heret Ekonomi Global Ke Ambang Krisis!

Baca juga : “Trump Usir 435 Rakyat Malaysia Dari AS – Apa Sebenarnya Berlaku?”

Ironi Di Tengah Perang Perdagangan

Dalam suasana tegang perang tarif AS-China, pilihan fesyen Leavitt telah mencetuskan perdebatan di media sosial. Seorang diplomat China sempat menyindir dengan memuat naik foto pakaian tersebut dan menulis:

“Menuduh China adalah perniagaan. Membeli dari China adalah kehidupan.”

Ada Yang Pertahankan Leavitt

Sesetengah penyokong Leavitt cuba mempertahankannya dengan mendakwa baju tersebut hanyalah tiruan atau replika.

Namun, akaun terkenal dalam dunia fesyen, Diet Prada, menegaskan bahawa pakaian itu sah dari label Self-Portrait dan bukan tiruan — malah menambah bahawa ia bukan kali pertama ahli politik AS dilihat menyarung barangan buatan China ketika menyentuh isu geopolitik.

Sumber :The Cut