Warga Asing Kahwin Wanita Tempatan, Raih RM55,000 Sebulan Sebelum Kantoi Guna Pekerja Tanpa Permit
Seorang lelaki warga Bangladesh yang berkahwin dengan wanita tempatan terbongkar menjalankan perniagaan di Brickfields dengan pendapatan mencecah RM55,000 sebulan — namun disiasat selepas didapati menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah.
Gaji RM70 Sehari Tapi Tiada Permit Sah
Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bersama KPDN dan DBKL malam tadi.
Dia mendakwa pekerja asing yang diupahnya bukan pekerja tetap, sebaliknya hanya membantu dan dibayar antara RM45 hingga RM70 sehari.
“Mereka tolong sahaja, bukan kerja tetap,” katanya semasa disoal pihak berkuasa.
17 Individu Ditahan Termasuk Majikan Tempatan
Dalam operasi tersebut, seramai 17 individu ditahan yang terdiri daripada:
- 13 lelaki warga Bangladesh
- 2 lelaki warga Pakistan
- Seorang majikan warga asing
- 2 majikan tempatan (pasangan suami isteri)
Kesalahan melibatkan pelbagai aspek termasuk tiada dokumen pengenalan sah, tinggal lebih masa, serta menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara.
Baca Juga : Penduduk Flat Taman Impian Indah Resah, Warga Asing Pengotor Ludah Merata
Kes Disiasat Bawah Akta Imigresen
Menurut Pengarah Imigresen KL, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, kes ini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c), Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.
“Tindakan akan diambil terhadap pekerja, majikan, dan pelanggan yang melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.
.Sumber :KOSMO