· · ·

Jofliam Akui Silap Perlekeh Wanita Ambil Epidural, Mahu Tebus Dengan Bunga & Pizza Berbentuk ‘Love

Usahawan kontroversi, Jofliam, akhirnya mengakui kesilapan kenyataannya yang memperlekeh wanita yang mengambil epidural ketika melahirkan anak — termasuk bekas isterinya, Cik Epal.

Pengakuan itu dikongsikan menerusi Instagram Stories, di mana beliau menjelaskan bahawa mesej terdahulu kepada bekas isterinya dibuat ketika sedang marah.

JOFLIAM MOHON MAAF ISU EPIDURAL DAN HADIAHKAN PIZZA HATI KEPADA IBU MENGANDUNG
Jofliam bermulut celupar di DM instagram

“Bila saya baca semula mesej tu dalam keadaan lebih tenang, saya sedar yang saya tak sepatutnya balas macam tu. Dewi (isteri sekarang) pun setuju – sebab dia pun wanita dan terasa dengan kenyataan saya,” katanya.

Baca Juga : Pizza Wagyu Percuma Jofliam Dikecam Tetamu: “Hangus, Kena Berebut, Tak Seperti Disangka”

Baca juga : Viral Video Jofliam Panggil Dewi ‘Sayang’? – “Sayang Dalam Video Cantik Daripada Foto”

Mohon Maaf Pada Semua Ibu

Jofliam juga memohon maaf secara terbuka kepada semua wanita dan ibu yang terasa dengan kenyataan terdahulunya, terutama mereka yang melahirkan anak menggunakan epidural.

“Saya ingin minta maaf jika reply saya empat bulan lepas telah merendahkan pengorbanan seorang ibu. Saya dah belajar — jangan bercakap bila marah,” tulisnya lagi.

Mahu Tebus Dengan Pizza & Bunga

Sebagai usaha untuk menebus kesilapan tersebut, Jofliam mengumumkan promosi khas minggu depan untuk menghargai ibu mengandung.

“Untuk semua ibu-ibu mengandung yang beli pizza, saya akan bagi bunga dan pizza wagyu berbentuk hati sebagai tanda penghargaan,” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif itu bertujuan meraikan pengorbanan semua ibu dalam proses melahirkan anak.

Sumber : INSTAGRAM

Â