· · ·

Pizza Wagyu Percuma Jofliam Dikecam Tetamu: “Hangus, Kena Berebut, Tak Seperti Disangka”

Majlis perkahwinan usahawan terkenal Jofliam bersama pasangannya Emira Delyati Dewi baru-baru ini mendapat perhatian warganet – bukan kerana kemeriahannya, tetapi disebabkan hidangan pizza wagyu percuma yang menjadi buah mulut tetamu.

Pizza Tak Seperti Yang Dijangka?

Melalui satu hantaran yang tular di platform Threads, seorang pengguna media sosial berkongsi gambar pizza yang diterimanya – hanya dua potong, bersaiz kecil dan topping yang kelihatan sangat sedikit.

Apa yang lebih mengecewakan, bahagian atas pizza itu juga kelihatan hangus, menimbulkan persoalan tentang kualiti dan kesungguhan penyediaan makanan untuk tetamu.

“Indah khabar dari rupa. Tak sama langsung macam yang dia jual online,” tulis seorang pengguna.

Baca Juga :: “Han Lagi, Han Lagi” – Jofliam Seloroh Cemburu Dewi Lebih Utamakan Anak Lelaki

Baca juga : Dewi Sah Jadi Pengantin Jofliam, ‘Final Fitting’ Bukti Majlis Kahwin Makin Dekat

Terpaksa Berebut Dengan Ribuan Tetamu

Seorang lagi tetamu mendakwa terpaksa beratur panjang dan ‘battle’ dengan lebih 8,000 orang untuk mendapatkan pizza yang ditawarkan secara percuma itu.

“Rasa macam tengah rebut kupon beli barang murah — bukan majlis kahwin,” katanya.

Ada juga yang menyindir bahawa roti naan kedai mamak lebih menyelerakan berbanding pizza wagyu yang diberikan.

Sekadar Gimik Promosi?

Untuk rekod, Jofliam sebelum ini memaklumkan bahawa beliau akan mengagihkan pizza wagyu percuma kepada 300 tetamu terawal sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang hadir meraikan hari bahagianya.

Namun, respon bercampur dari tetamu membangkitkan persoalan sama ada agihan itu benar-benar dirancang dengan teliti atau sekadar gimik pemasaran.

Sumber : Threads