· · ·

TokTi Kecewa Difitnah Ambil Bayaran, Tegaskan Nyanyi di Majlis KKM Secara Sukarela

Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menafikan dakwaan tidak berasas bahawa beliau menerima bayaran untuk membuat persembahan di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan tegas di Instagram, penyanyi tersohor itu menjelaskan beliau hadir sebagai tetamu jemputan — bukan atas kapasiti artis untuk menghiburkan secara rasmi — dan memilih untuk menyanyi secara sukarela atas rasa hormat dan keikhlasan.

DATUK SERI SITI NURHALIZA NAFIKAN AMBIL BAYARAN UNTUK MAJLIS KKM, TEGASKAN IA SECARA SUKARELA
Datuk Siti Nurhaliza kecewa di fitnah ketika melakukan persembahan percuma di acara sambutan hari raya KKM
DATUK SERI SITI NURHALIZA NAFIKAN AMBIL BAYARAN UNTUK MAJLIS KKM, TEGASKAN IA SECARA SUKARELA
Tokti melakukan persembahan secara percuma dan suka rela

“Saya diundang sebagai tetamu, saya hadir menyantuni majlis dan saya dengan rela hati membuat persembahan. Saya tidak diminta hadir sebagai artis persembahan,” tulisnya.

TokTi turut mengingatkan bahawa fitnah sebegini bukan perkara kecil, terutama apabila ia melibatkan nama baik seseorang yang terpalit dalam isu berkaitan jabatan kerajaan.

Baca Juga : Kalau Itu Rezeki Saya, Alhamdulillah” – TokTi Tak Tolak Jika Diberikan Gelaran Biduanita

Baca juga :Siti Nurhaliza terima panggilan scammer ketika live di TikTok, reaksi selamba buat ramai terhibur

“Saya Nyanyi Ikhlas, Bukan Nak Duit”

TokTi yang terkenal dengan sikap profesional dan rendah hati, menjelaskan bahawa beliau memang sering menyanyi jika suasana majlis mengizinkan, walaupun tidak dibayar.

“Saya hanya ingin menghiburkan semua yang hadir. Malah di banyak majlis lain pun, jika ada peluang, saya akan menyanyi – tanpa minta apa-apa bayaran.”

Namun apa yang menyedihkan beliau, ialah apabila ada pihak yang menyebarkan cerita palsu dan menokok tambah cerita tanpa menyiasat terlebih dahulu.

“Saya anggap ini bukan hal kecil. Berita keluar, portal ambil, netizen pula mula menulis komen sesuka hati. Itu semua membawa implikasi buruk kepada saya.”

TokTi turut meminta semua pihak agar tidak menyalahgunakan nama beliau untuk menghentam mana-mana pihak, terutamanya jabatan kerajaan.

“Kalau nak kritik jabatan tertentu, silakan – tapi jangan kaitkan saya dengan cerita tak sahih yang akhirnya jadi fitnah.”

Beliau juga berharap agar netizen dan media lebih bertanggungjawab sebelum menyebarkan sebarang kenyataan atau membuat spekulasi tanpa bukti.

Sumber : Instagram

By Tarziman — 24 Apr 2025, 02:59 PM