· · ·

Bill O’Reilly ‘Koyak’, Hentam Kenyataan PMX Tentang Isu Ekonomi dan Kolonialisme

Pengulas politik kanan terkenal Amerika Syarikat, Bill O’Reilly sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka membidas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) yang menegurnya berhubung komen merendah-rendahkan nilai ekonomi tiga negara Asia Tenggara — Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

Insiden bermula apabila O’Reilly mempersoalkan nilai lawatan Presiden China, Xi Jinping ke tiga negara tersebut minggu lalu, menyindir bahawa negara-negara itu “tiada duit” untuk membeli produk dari China — satu kenyataan yang kemudian dibalas PMX sebagai berpunca daripada “pandangan dunia sempit” hasil pemikiran imperialisme dan kolonialisme.

“Malaysia Pendapatan Rendah, Hampir Tak Makan,” Sindir O’Reilly

O’Reilly dalam respons terbarunya, mempersendakan kenyataan Anwar sambil menekankan perbezaan pendapatan rakyat Malaysia dengan rakyat Amerika Syarikat.

“Pendapatan isi rumah tahunan per kapita Malaysia ialah AS$5,731, manakala AS ialah AS$42,220. Lapan kali ganda lebih tinggi. Jadi, rakyat Malaysia takkan mampu beli barang pun. Nak beli topi pun tak mampu, apatah lagi makanan Cina di Kuala Lumpur. Hampir tak makan!” katanya secara sinis.

Baca Juga :Dunia Mula Bergolak Semula Sejak Donald Trump Kembali Jadi Presiden AS

Baca juga :“Trump Usir 435 Rakyat Malaysia Dari AS – Apa Sebenarnya Berlaku?”

Beliau juga menyindir bahawa China takkan mampu menjual produk ke Malaysia, Vietnam atau Kemboja kerana kuasa beli rakyat di negara-negara ini terlalu rendah.

Lawatan Pernah Buat, Tapi Malaysia “Rumit”

Bill O’Reilly turut mendakwa beliau pernah melawat Malaysia suatu ketika dahulu dan mengakui negara ini cantik — tetapi dalam masa sama digambarkan sebagai “rumit”.

“Saya mahu Malaysia berjaya… tapi ‘penjajah’ ini cuma menyatakan kebenaran,” katanya sinis kepada Anwar.

Sokongan Konservatif & Trump

O’Reilly merupakan antara personaliti media paling berpengaruh dalam kalangan konservatif Amerika. Beliau dikenali sebagai individu rapat dengan Donald Trump, malah pernah menemubual dan menghadiri acara sukan bersama bekas presiden AS itu.

Pengaruh beliau di Fox News dan retorik konservatifnya turut dilihat memainkan peranan dalam membentuk pemikiran politik awam di AS, terutama melibatkan dasar luar terhadap Asia dan perdagangan.

Author : Twitter

https://x.com/i/status/1915136324522086816

Author : Ahmad Tarziman