· · ·

Zul Ariffin mengundang perhatian ramai selepas ditegur Public Health Malaysia mengenai hantaran dirinya sedang merokok.

Hantaran Zul Ariffin Jadi Perhatian Ramai

Pelakon Zul Ariffin menjadi perhatian ramai selepas satu perkongsian di Threads memaparkan dirinya sedang merokok mula tular di media sosial. Hantaran tersebut dilaporkan meraih lebih 200,000 tontonan selain menerima ribuan tanda suka dan komen daripada netizen. Perkongsian itu kemudian mula mengundang pelbagai reaksi dengan ada yang menganggap ia sekadar perkongsian biasa, manakala ada juga yang kurang senang melihat kandungan tersebut dimuat naik oleh seorang figura terkenal.

Public Health Malaysia Tinggalkan Teguran

Apa yang lebih mencuri perhatian apabila akaun Public Health Malaysia turut meninggalkan komen menegur tindakan pelakon itu kerana didakwa memberi ‘free marketing’ kepada syarikat rokok. Komen tersebut kemudian menerima ribuan tanda suka dan menjadi antara komen paling mendapat perhatian dalam hantaran berkenaan. Namun keadaan mula bertambah hangat apabila Zul membalas teguran itu dengan jawapan ringkas berbunyi “And?” yang kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Netizen Beri Pelbagai Pandangan

Sebahagian netizen dilihat kurang senang dengan respon diberikan Zul kerana berpendapat isu merokok bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu berpengaruh yang mempunyai ramai pengikut termasuk golongan muda. Ada juga yang berpandangan figura awam perlu lebih berhati-hati dengan kandungan dikongsikan di media sosial kerana boleh mempengaruhi peminat. Dalam masa sama, terdapat juga netizen yang mempertahankan Zul dan menganggap perkara itu sebagai pilihan peribadi selagi tidak mempromosikan produk secara terang-terangan.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 

@osedapdotcom

Pelakon Zul Ariffin menjadi perhatian ramai selepas satu perkongsian di Threads memaparkan dirinya sedang merokok mula tular di media sosial. Baca artikel di website Osedap! link dekat Bio 👆🏻 Sumber : Threads | @zul_ariffin Untuk kredit atau apa2 berkaitan kontent, boleh terus DM ye 🥰 #osedapdotcom #osedapviral #osedaptiktok #osedapselebriti #zulariffin #merokok #publichealthmalaysia

♬ original sound - osedapdotcom - osedapdotcom


Tarziman —14/05/2026,  11.11PM