· · ·

Siti Kassim Kecut Perut Di Sergah Tan Sri Adnan Yaakob Di Kompleks Mahkamah

Ketegangan tercetus di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur apabila peguam hak asasi manusia, Siti Kassim, bertikam lidah dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob, berhubung isu Orang Asli.

Menurut laporan, kejadian bermula apabila Tan Sri Adnan mengambil gambar bersama beberapa individu Orang Asli di lobi mahkamah. Tindakan itu mengundang komen sinis daripada Siti Kassim yang menasihatkan Orang Asli supaya menjauhi ahli politik yang didakwanya hanya berpura-pura mengambil berat.

Tan Sri Adnan yang tersinggung membalas, “Kenapa kamu masuk campur?” yang dijawab Siti Kassim dengan mengatakan bahawa beliau sangat mengenali masyarakat Orang Asli.

Baca Juga : Ahli Politik & Influencer: Profesi Paling Tak Dipercayai di Malaysia – Kenapa?

Baca juga :Datuk Gagal Bayar Sewa Rumah 8 Bulan, Tuan Rumah Dedah Terpaksa Jual Emas Tampung Bayaran Pinjaman

Pertikaman lidah itu bertambah panas apabila Adnan Yaakob mendakwa beliau telah menjaga kebajikan Orang Asli di Pahang sejak sekian lama, sambil menuduh Siti Kassim hanya baru-baru ini ‘rapat’ dengan mereka. Beliau turut melabel Siti Kassim sebagai “peguam penipu” dan menyuruh media bertanya sendiri kepada komuniti Orang Asli mengenai jasanya.

Siti Kassim yang kelihatan berang membalas dengan memberi amaran agar Tan Sri Adnan tidak menuding jari ke arahnya, sebelum kedua-duanya beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Insiden ini segera menjadi tular dan mengundang perhatian ramai, khususnya pemerhati isu hak masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Sumber : Twitter

By Tarziman — 29 Apr 2025, 02:05 PM