· · ·

Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat Nikah Hari Ini Dalam Majlis Tertutup

Penyanyi terkenal Sufian Suhaimi akhirnya menamatkan teka-teki hubungan cintanya apabila sah bergelar suami kepada Rania Al Sadat dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pagi ini, Jumaat.

Menurut sumber yang rapat, pasangan itu diijabkabulkan sekitar jam 9 pagi dalam sebuah majlis tertutup di lokasi sekitar Kuala Lumpur. Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja yang hadir menyaksikan detik penuh bermakna itu.

Terdahulu, Rania sempat memuat naik foto di Instagram yang menunjukkan dirinya seolah-olah baru selesai menjalani majlis bersiram. Di ruangan komen, pasangan ini turut kelihatan bergurau mesra, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai majlis pernikahan mereka.

Baca Juga :Sufian Suhaimi Ke Tu?” – Sajat Dedah BFF Misteri, Ucapan Hari Jadi Cetus Spekulasi Netizen!

Baca juga : Menang ‘Lucky Draw’ RM310K, Tiba-Tiba Nak ‘Transfer’ Kepada Kekasih, Tapi Achey Tegur!Sufian Suhaimi Berkawan Baik Dengan Rania Lagi?

Sebelum ini, dalam satu temu bual, Sufian pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan berharap segalanya dipermudahkan. Beliau turut meluahkan keterujaan untuk berkongsi berita baik kepada peminatnya.

 

Untuk rekod, Sufian dan Rania pernah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan itu pada April tahun lalu. Sufian ketika itu mengakui bahawa cincin risik telah dipulangkan. Namun begitu, pada Januari lepas, pasangan ini dilihat kembali mesra dan menghabiskan masa bersama, mencetuskan spekulasi cinta mereka kembali bertaut.

By Tarziman — 02 May 2025,  11:24 AM