· · ·

1.86 Juta Rakyat Malaysia Dah ‘Cabut’ Tinggalkan Negara, Kenapa?

Malaysia kini berdepan cabaran besar apabila 1.86 juta rPenduduk dilaporkan telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 50 tahun lalu — satu angka yang sangat membimbangkan menurut laporan Malay Mail.

Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo, jumlah itu merangkumi 5.6% daripada keseluruhan populasi Malaysia, jauh melebihi purata global yang berada pada 3.6%. Fenomena ini dikenal pasti sebagai isu ‘brain drain’ — apabila tenaga kerja mahir dan berpendidikan tinggi memilih untuk bekerja dan menetap di negara lain.

Namun begitu, kerajaan tidak berdiam diri.

Dalam ucapannya di pelancaran kampus 42 Penang baru-baru ini, Gobind berkata bahawa pelbagai strategi kini sedang digerakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Madani bagi memperkukuh ekosistem bakat digital negara.

Baca Juga : 2 Rakyat Malaysia Kejar Gagak ‘Kaki Sapu’ Selepas RM70 Lesap Dilarikan Burung!

Baca juga : Netizen Indonesia Minta Bantuan Rakyat Malaysia untuk Buli Kerajaan Mereka

Langkah ini bukan sahaja bertujuan mengekalkan tenaga mahir tempatan, malah memikat rakyat Malaysia di luar negara untuk kembali serta menarik kemasukan pakar asing.

Antara tumpuan utama ialah pelaksanaan Malaysia Digital Economy Blueprint (MDEB) dan strategi khusus seperti National Semiconductor Strategy yang menyasarkan latihan kepada 60,000 jurutera semikonduktor — sebagai komitmen jelas terhadap pembangunan bakat masa depan.

Satu lagi pemangkin yang diharapkan memberi kesan besar ialah pelancaran Johor-Singapore Special Economic Zone (SEZ) yang bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di rantau selatan negara.

Walaupun cabaran ‘brain drain’ ini telah lama berlaku, usaha terbaru kerajaan memberikan sedikit sinar — bahawa kita tidak hanya kehilangan bakat, tetapi juga sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa mereka pulang.

Sumber : Malay Mail

By Tarziman — 05 May 2025,  10:45 AM