3 Kali Membotol Arsenal Akhirnya Juara EPL Selepas 22 Tahun
Arsenal Akhirnya Tamat Penantian 22 Tahun

Arsenal F.C. akhirnya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris selepas Manchester City F.C. sekadar seri 1-1 menentang AFC Bournemouth awal pagi tadi. Keputusan tersebut sekali gus mengesahkan skuad kendalian Mikel Arteta sebagai juara EPL musim ini selepas tiga musim berturut-turut hanya bergelar naib juara. Arsenal sebelum ini membuka kelebihan penting selepas menewaskan Burnley F.C. 1-0 dan terus memberi tekanan kepada City dalam perebutan kejuaraan.
Manchester City Gagal Selamatkan Perebutan Gelaran
Manchester City wajib menang ke atas Bournemouth untuk memastikan perebutan kejuaraan dibawa sehingga hari terakhir musim. Namun Bournemouth berjaya melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada 17 perlawanan liga selain mengesahkan tiket ke Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab tersebut. Gol menarik pemain muda Eli Junior Kroupi pada minit ke-39 mengejutkan City sebelum Erling Haaland menyamakan kedudukan terlalu lewat dalam masa kecederaan. Keputusan itu sekali gus memadam impian City untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka.
Era Guardiola Semakin Hampir Ke Penghujung?
Dalam masa sama, perhatian turut terarah kepada masa depan Pep Guardiola selepas laporan meluas mendakwa beliau bakal meninggalkan Manchester City pada penghujung musim ini selepas sedekad bersama kelab tersebut. Guardiola sebelum ini baru sahaja membantu City melengkapkan kejuaraan berganda domestik selepas menewaskan Chelsea F.C. di final Piala FA. Namun kegagalan memenangi EPL musim ini dilihat sebagai kali pertama Guardiola gagal menjulang liga selama dua musim berturut-turut sepanjang karier kejurulatihannya. Kini, Arsenal akhirnya berjaya merampas semula takhta EPL dan menamatkan kemarau trofi liga yang cukup panjang buat penyokong The Gunners.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : TVS
Video :
@arsenal We did it, together.
♬ original sound - arsenal