JPJ Melaka Cari YouTuber Skuter Elektrik Diubahsuai, Langgar Undang-Undang
Timbalan Pengarah JPJ Melaka, Khairul Aswad Abdul mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat satu kejadian membabitkan seorang YouTuber dan dua individu lain yang menaiki skuter elektrik diubahsuai di jalan awam. Kejadian itu berlaku di Lebuh AMJ berhampiran Bachang dan telah tular menerusi satu video klip baru-baru ini.
Menurut beliau, tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang, malah berisiko tinggi kepada keselamatan pelaku dan pengguna jalan raya lain. Ketiga-tiga mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000, penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.
Baca Juga :JPJ Tahan Ambulans Kerana Tak Bayar Cukai Jalan Selama 13 Tahun!
Baca juga : Perbaharui Lesen dan Cukai Kenderaan Secara Digital! MyJPJ Menyampaikan Inovasi Mulai 1 Februari
Tambah beliau, mengikut Perintah Larangan Kenderaan (Penggunaan Jalan) (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa sejak 17 Disember 2021, penggunaan kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter, hoverboard, monowheel, segway dan basikal elektrik tanpa kelulusan adalah dilarang di jalan awam. Kenderaan ini hanya dibenarkan di kawasan khas seperti taman rekreasi dan laluan tertentu.
JPJ memandang serius perkara ini dan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan.
Sumber : Tiktok
@francis_lim86 Limited edition #melakapeople #melakahawau #melakaviraltiktok #melaka #viraltiktok #abangex5 #creatorsearchinsights
♬ original sound - Antonio Altiparmak
By Tarziman — 06 May 2025, 10:05 AM