· · ·

Fattah Amin Dedikasi Mesej Menyentuh Hati Buat Anak, Akui Tak Mahu Berpisah

Pelakon terkenal, Fattah Amin akhirnya tampil meluahkan isi hatinya buat satu-satunya cahaya mata, Nur Fatima Aisya, hasil perkahwinan dengan aktres Fazura.

Dalam satu temu bual yang tular baru-baru ini, Fattah berkongsi perasaannya sebagai bapa yang merindui anak, selain mengakui bahawa beliau sebenarnya tidak mahu penceraian berlaku.

“Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi. Daddy sayangkan Fatima.”

Tambah Fattah, meskipun mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung, dia tetap menyimpan semua kenangan bersama Fatima dan berharap kasih sayangnya tidak akan dilupakan.

“Fatima tahu macam mana daddy sayangkan Fatima, dari lahir sehingga kini. Sepanjang kita bersama, daddy simpan semua kenangan dalam telefon.”

“Walaupun sekarang ini, daddy sudah tidak lagi duduk dengan Fatima tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy. Daddy akan sentiasa cuba untuk luangkan masa dengan Fatima sebaik mungkin.”

Baca Juga :Fattah Amin Akhirnya Buka Mulut, Akui Keluarga Restu Hubungan Dengan Amira Othman

Baca juga : Fattah Amin Jawab Gosip Sudah Bertunang Dengan Amira Othman – ‘Kalau Betul, Tak Boleh Sorok

 

Fattah turut berkongsi hasratnya untuk terus menggembirakan anaknya walau dalam keadaan yang tidak ideal.

“Daddy nak bawa Fatima pergi jalan-jalan, kita pergi taman, beli toys dan apa sahaja yang buat Fatima gembira. Bila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya.”

Pasangan selebriti itu disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu selepas hampir enam tahun berkahwin. Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya sebagai anak sulung.

Mengikut keputusan mahkamah, hak penjagaan Fatima diserahkan sepenuhnya kepada Fazura, sementara Fattah diberi hak lawatan tiga kali seminggu termasuk dua kali bermalam.

Sumber : Tiktok

@mimpi_syakilla

Dari Fattah Amin buat Nur Fatima Aisya Hingga Janna Nick menitiskan air mata. Ya Rabb, jagalah hubungan ayah dan anak ini. Tonton Video Penuh Di Aplikasi Tonton. Melodi Up-Close with Fattah Amin

♬ original sound - Syakila Dream - Syakila Dream

By Tarziman — 07 May 2025,  01:47 PM