· · ·

Sedih.. Makanan Baru dimakan 3 Suap Untuk Anak Dibuang Pekerja Gerai

Luluh hati seorang wanita apabila makanan yang dibeli dengan susah payah untuk anaknya dibuang begitu sahaja oleh pekerja di sebuah gerai makan.

Kisah ini dikongsi sendiri oleh wanita bernama Mahany menerusi TikTok, di mana dia menceritakan pengalaman sedih sewaktu keluar makan bersama dua anaknya.

Menurut Mahany, mereka telah mengambil nasi, ayam, dan sup sayur untuk makan bersama. Namun ketika anak-anaknya ingin ke tandas, dia sempat berpesan kepada makcik pekerja gerai agar tidak mengangkat makanan tersebut kerana anaknya belum makan.

“Balik dari tandas, tengok-tengok makanan dah tak ada. Ayam dan nasi pun banyak lagi. Boleh hadap makan dua orang. Ya Allah makcik, kenapa buang?”

Lebih menyedihkan, Mahany berkongsi dalam satu lagi video bahawa dia bukan daripada golongan yang senang. Makanan yang dibeli itu walaupun hanya bernilai RM6, sangat bermakna buat mereka.

Baca Juga :Pengguna Instagram Bawah 16 Tahun Perlu Kebenaran Ibu Bapa Untuk ‘Livestream’ – Meta

Baca juga :Afifah Nasir Puji Sikap Ibu Tak Pernah Minta Duit Anak, Netizen Sindir ‘Patut Contohi’

“Saya tak senang, mak cik, nak beli nasi tu. Walaupun harganya RM6, itu rezeki kami. Saya baru makan dalam tiga suap ja masa dua orang anak saya nak pergi tandas.”

Tambahnya, kerana risaukan anak-anak, dia makan dengan cepat dan turut ke tandas selepas itu. Sebaik keluar, dia dapati meja mereka sudah pun dikemaskan dan makanan dibuang, kecuali air minuman yang masih belum diangkat.

Hantaran video yang dimuat naik Mahany itu telah tular dan mendapat lebih 800,000 tontonan serta 42,000 tanda suka. Di ruangan komen, ramai netizen menyatakan simpati terhadap situasi yang dihadapi ibu tersebut dan menasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menguruskan makanan dan anak-anak di tempat awam.

Sumber : Tiktok

@mahanyempire

penat la😭

♬ original sound - MAHANY - MAHANY

By Tarziman — 07 May 2025,  01:41 AM