The Ordinary Baker Saman Eclairis RM1.5 Juta, Pertelingkahan Keluarga Jadi Tontonan Umum
Konflik antara syarikat adik-beradik kini menjadi perhatian apabila The Ordinary Baker mengambil tindakan undang-undang terhadap Eclairis dengan tuntutan bernilai RM1.5 juta.
Putri Nadira dari pihak Eclairis menyuarakan rasa kecewa dan menganggap tindakan saman itu bukan sekadar soal perniagaan, tetapi soal kepercayaan dan pengkhianatan dalam keluarga.
“Kami bermula bersama. Kami bina impian dari kosong. Kini kami disaman RM1.5 juta. Ia bukan sekadar angka — ia luka,” kata Nadira dalam satu hantaran yang tular.
Menurutnya, tiga daripada empat rakan pengasas terpaksa meninggalkan syarikat asal disebabkan satu keputusan yang dibuat oleh seorang individu. Mereka pergi dengan tangan kosong dan membina Eclairis atas semangat yang sama — untuk terus berkarya dan membakar semula impian.
Tuntutan saman itu dipercayai berpunca daripada konflik dalaman berkait hak milik jenama, perjanjian lisan yang tidak termeterai, dan penggunaan produk serta strategi pemasaran yang dianggap bertindih.
Nadira menambah: “Kami bukan lari. Kami hanya mahu memulakan semula. Tapi mengapa perlu disaman RM1.5 juta, seolah-olah kami curi sesuatu yang tak pernah kami ambil?”
Isu ini turut menarik perhatian peminat dan pelanggan setia kedua-dua jenama yang menyatakan kesedihan melihat keluarga berpecah belah kerana perniagaan.
Putri Najiha, dipercayai adik kepada individu yang memfailkan saman, turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kakaknya.
Baca Juga :“Ayah Tak Marah Ke?”: Video Comel Adik-Beradik Belajar Mengaji Curi Perhatian Netizen
Baca juga : Sambalado Versi Rayyan & Arjuna: Gelagat Dua Beradik Jadi Tumpuan Di TikTok!
“Tak habis-habis saman. Duit, duit, duit. Kau lupa siapa yang bangunkan syarikat tu dari awal?”
Setakat ini, pihak The Ordinary Baker masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Namun dokumen saman menunjukkan bahawa syarikat tersebut menuntut gantirugi atas kerugian yang didakwa timbul selepas pemisahan pasukan pengasas.
Situasi ini menjadi peringatan betapa perniagaan keluarga boleh berubah menjadi medan konflik, walau dimulakan atas dasar impian dan kasih sayang.
Sumber : Instagram
By Tarziman — 07 May 2025, 01:55 PM