Isa Isarb Keluar Dari Rumah Sewa RM10 Juta, Pemilik Mahu Jual Banglo Mewah Tersebut?
YouTuber popular, Isa Isarb, kembali mencuri perhatian apabila isu berkaitan rumah banglo mewah yang didakwanya bernilai RM9.7 juta kembali diperkatakan.
Sebelum ini, Isa menyatakan beliau sedang dalam proses membeli banglo mewah tersebut, walaupun seorang pelabur hartanah terkenal, Ishaq Marazi, mendedahkan bahawa rumah itu hanyalah disewa oleh Isa dan bukan milik peribadinya.
Dalam perkembangan terbaharu, Ishaq memuat naik kenyataan bahawa Isa sudah pun keluar daripada kediaman mewah tersebut. Malah, pemilik asal kini telah mengambil keputusan untuk menjual banglo berkenaan pada harga RM10 juta.
Baca Juga :“Jangan Kita Sambut Mereka! Influencer Lelaki Kini Berani Solek Macam Perempuan”
Baca juga : Mak Nyah Kaki Rembat : Campak Duit, Tendang Pintu ‘Mall’ Selepas kantoi Mencuri”
Rumah banglo yang terletak di lokasi eksklusif itu dilaporkan mempunyai keluasan tanah sebanyak 16,000 kaki persegi, dengan tujuh bilik tidur dan sembilan bilik air — menjadikan harga tanah bagi setiap kaki persegi mencecah RM625.
Ishaq turut menyertakan tangkap layar serta maklumat asas hartanah berkenaan dan membuka peluang kepada individu yang berminat untuk membeli rumah tersebut supaya menghubungi beliau secara terus.
Sebelum ini, kontroversi mengenai pemilikan rumah itu menjadi perdebatan ramai apabila warganet mempertikaikan kebenaran kenyataan Isa Isarb yang menyatakan beliau sedang membeli rumah berkenaan, meskipun tiada bukti kukuh dikemukakan.
Sumber : Facebook
By Tarziman — 08 May 2025, 12:05 PM