· · ·

Janna Nick Beri Penjelasan Isu Fazura, Tampil Mohon Maaf

Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick, tampil bersuara selepas satu klip temu bual bersama Fattah Amin menjadi tular dan mencetus perdebatan hangat dalam kalangan netizen, khususnya melibatkan nama Fazura.

Rakaman video berkenaan memperlihatkan Janna menanyakan soalan yang dikatakan berbaur sindiran, sehingga ada yang menuduh beliau menghina kaum wanita, termasuklah menyentuh nama Fazura secara tidak langsung.

Dalam satu video penjelasan yang dimuat naik ke TikTok, Janna tampil menjelaskan bahawa tiada sebarang niat jahat atau sindiran tersembunyi dalam soalannya kepada Fattah. Jelasnya, pertanyaan itu dibuat secara umum berdasarkan pengalaman yang sering dikongsi oleh lelaki yang pernah melalui penceraian.

Baca Juga :Ini Ujian Mereka & Tak Nak Jadikan Ia Bahan Jenaka” – Janna Nick

Baca juga : Janna Nick Buat ‘Review’ Tomato Amela RM180, Rasa macam Apple Fuji

Janna menegaskan bahawa dia amat memahami perasaan wanita yang pernah melalui perpisahan, memandangkan dirinya sendiri datang daripada keluarga yang berpecah. Ibunya adalah seorang wanita yang pernah diceraikan, justeru dia cukup arif akan kesan emosi yang dilalui golongan tersebut.

“Saya tidak tujukan soalan itu kepada sesiapa secara spesifik, apatah lagi berniat untuk menghina. Kalau ada yang rasa saya menyindir atau merendahkan wanita, saya minta maaf. Saya cuma nak faham perspektif lelaki yang pernah melalui fasa itu,” katanya.

Menurut Janna, dakwaan kononnya dia menggelar Fazura sebagai ‘perempuan gila’ adalah tidak benar sama sekali. Beliau sendiri mengakui pernah bergelut dengan tekanan emosi dan menyifatkan kenyataan tersebut merujuk kepada dirinya sendiri.

Dalam masa yang sama, netizen turut memuji cara Fattah Amin menjawab soalan berkenaan — tenang, bersahaja, dan tidak mencetuskan sebarang konflik walaupun berada dalam situasi yang sensitif.

Kontroversi ini timbul apabila sesetengah pihak menganggap soalan Janna dalam temu bual itu sebagai keterlaluan dan tidak menghormati latar belakang individu yang dikaitkan. Namun, penjelasan yang diberikannya kini diharap mampu memperjelaskan kekeliruan serta meredakan suasana.

Sumber : Tiktok

@jannanickofficial

Replying to @fiq kalau tak boleh berak jangan salahkan I ok.

♬ original sound - jannanick95 - jannanick95

By Tarziman — 13 May 2025,  02:29 PM