Fazura & Abang comeback! Lantik Peguam, Kes Hutang RM4.65 Juta Bakal Dibawa ke Mahkamah
Selebriti dan usahawan terkenal Nur Fazura kini mengambil langkah sah dengan melantik firma guaman Tetuan Low and Partners bersama abangnya, Ahmad Faiz, bagi mewakili mereka dalam isu tuntutan hutang berjumlah RM4.65 juta.
Sebelum ini, Fazura menjadi tumpuan ramai apabila sebuah kilang pembekal tudung, Obor Holding Sdn Bhd, mendakwa syarikat Pink Fate Sdn Bhd — yang dikaitkan dengannya — gagal melunaskan bayaran penuh bagi pembekalan tudung sejak pertengahan tahun 2022.
Meskipun isu ini telah tular sejak awal bulan, Fazura memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kepada umum. Beliau kelihatan tenang meneruskan kehidupan dan kekal aktif di media sosial, seolah-olah enggan melayan kontroversi tersebut secara terbuka.
Terbaharu, peguam yang mewakili mereka memaklumkan bahawa satu Memorandum Kehadiran telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak kedua-dua defendan, menandakan kes ini bakal dibicarakan secara rasmi. Namun begitu, tiada tarikh sebutan ditetapkan setakat ini.
Menurut dokumen tuntutan saman, Obor Holding mendakwa mereka telah membekalkan tudung kepada syarikat Pink Fate bernilai RM7.33 juta sejak Jun 2022. Namun hanya RM2.68 juta telah dijelaskan, menyebabkan baki hutang berjumlah RM4.65 juta masih belum dilunaskan.
Lebih mengejutkan, Obor Holding turut mendakwa menerima cek tendang berjumlah RM1 juta pada 3 September 2024, yang ditandatangani bersama oleh Fazura dan Ahmad Faiz.
Baca Juga : Fazura Didakwa Gagal Bayar Hutang RM4.65 Juta, Pengasas Feline Label ‘Pengalaman Terburuk’
Baca juga : Fazura Tanya Bella Astillah – ‘Are You Happy Now?’ Netizen Tersentuh Dengan Keprihatinan
Cek tersebut gagal ditunaikan dan menerima notis Return Cheque Advice daripada pihak bank.
Difahamkan, segala transaksi berlaku ketika Fazura masih menyandang jawatan sebagai pengarah dalam Pink Fate, sebelum melepaskan jawatan itu pada Januari 2025. Manakala Ahmad Faiz kekal sebagai pengarah hingga ke hari ini.
By Tarziman — 15 May 2025, 02:14 PM