· · ·

Live Depan 20,000 Penonton, Siti Jamumall Diceraikan Talak Dua

Detik penuh emosi membabitkan pempengaruh popular, Siti Jamumall dan suaminya Aiman Tak Kesah menjadi perhatian apabila konflik rumah tangga mereka berakhir dengan lafaz cerai talak dua — disiarkan secara langsung di TikTok dan ditonton lebih 20,000 orang.

Menerusi siaran langsung berdurasi lebih satu jam yang dikongsi semula oleh pengguna TikTok @syaz_hunny_beey, Siti dilihat sedang menjual produknya sambil menangis teresak-esak. Suasana menjadi semakin tegang apabila Siti memohon Aiman keluar dari bilik, sambil menyatakan bahawa dia sudah tidak sanggup lagi melihat wajah suaminya.

Luahan Siti jelas menunjukkan tekanan emosi yang ditanggungnya, termasuk isu layanan dingin dan kekerapan Aiman yang dikatakan jarang berada di rumah.

“Apa yang awak cakap tu sakitkan hati saya. Awak buat rumah ni macam hotel, balik pun sekejap saja,” ujar Siti dalam tangisan.

Keadaan menjadi semakin panas apabila Siti mendakwa telah berlaku keganasan rumah tangga dan menyatakan bahawa dia sudah membuat laporan polis terhadap Aiman.

“Saya takut dengan awak. Awak tahu kita dah sampai kes polis sebab awak pukul saya,” dedah Siti.

Aiman, dalam masa yang sama, menafikan dakwaan curang tetapi menyatakan rasa tertekan apabila sering dituduh setiap kali keluar malam. Malah, beliau turut menunjukkan bahawa telefonnya telah pecah akibat pergaduhan yang berlaku.

Baca Juga : Aliff Syukri Minta Kambing ‘Review’ Jeruk Mangga, Netizen Tak Henti Gelak

Baca juga : Qadejah Sakat Aliff Syukri, Akui Tak Faham Konsep Lagu Raya Bapanya – “Saya Rasa Lagu Saya Lagi Best”

Akhirnya, dalam keadaan marah dan kecewa, Aiman mengakui secara langsung bahawa memang pernah berlaku kekerasan dalam rumah tangga mereka — sebelum melafazkan cerai terhadap Siti.

“Aku ceraikan Siti Suriani Wahiddin dengan talak dua. Jumpa di mahkamah,” ujar Aiman tegas di penghujung siaran langsung tersebut.

Rakaman itu turut menyaksikan Aiman menyuarakan rasa terkongkong dalam perkahwinan mereka, malah mendakwa turut dibebani untuk berlaku adil bukan sahaja kepada isteri, malah ahli keluarga isterinya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama pasangan ini berdepan isu cerai. Siti sebelum ini pernah mengesahkan bahawa mereka pernah bercerai namun kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.

Siti, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan berpisah tiga tahun kemudian. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki — Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun. Siti kemudiannya berkahwin dengan Aiman pada Jun tahun lalu di Satun, Thailand.

Sumber : Tiktok

@modelistaempire

#aliffsyukri

♬ Naughty, evil, dubious and comical songs(1264665) - MATSU

By Tarziman — 15 May 2025,  02:26 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos