· · ·

Jofliam Kata Tak Pernah Buat Pizza Tuna, Netizen Tayang ‘Bukti Lama’

Nama usahawan dan pempengaruh popular, Jofliam kembali menjadi sebutan apabila tular di media sosial kenyataannya yang mendakwa tidak pernah membuat pizza berperisa tuna. Kenyataan itu dibuat ketika beliau memaklumkan bakal melancarkan produk terbaharunya iaitu Pizza Tuna Truffle.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Jofliam menyatakan bahawa beliau tidak pernah mencuba untuk menghasilkan pizza tuna sebelum ini dan menyerahkan keputusan kepada rasa dan hasil cubaan isterinya sekarang, Dewi.

“Dewi cakap dia nak buat tuna. Saya tak pernah buat pizza tuna. Kalau jadi pizza tu, minggu ni kita boleh tambah menu tu. Tapi saya nak rasa dulu,” tulisnya.

Namun, kenyataan tersebut mengundang reaksi pantas daripada netizen yang terus ‘menggali’ video-video lama ketika beliau masih bersama bekas isteri, Cik Epal.

Sebuah klip ‘throwback’ mula dikongsikan semula oleh netizen yang menunjukkan Jofliam pernah menyediakan pizza tuna hasil permintaan jiran rumah mereka. Dalam video itu, Cik Epal merakam detik Jofliam sedang memasak dan menyebut dengan jelas bahawa dia sedang menyiapkan pizza tuna untuk jiran hadapan rumah yang begitu menggemari masakannya.

Baca Juga : Pizza Wagyu Percuma Jofliam Dikecam Tetamu: “Hangus, Kena Berebut, Tak Seperti Disangka”

Baca juga : Diisytihar Bankrap, Semua Cawangan KFC & Pizza Hut Di Turkiye Ditutup

“Jiran depan rumah request nak pizza lagi. Hari ni buat tuna pizza,” ujar Cik Epal dalam video berkenaan.

Tindakan Jofliam yang dikatakan ‘lupa memori’ itu membuatkan netizen berseloroh, mempersoalkan kapasiti ingatannya — “Memori dia 32GB ke?” tulis seorang pengguna media sosial sambil menyindir.

Untuk rekod, pasangan Jofliam dan Cik Epal telah bercerai pada 9 Oktober tahun lalu dan mempunyai dua orang cahaya mata, Han dan Yuki.

Sumber : Threads

By Tarziman — 16 May 2025,  03:13 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos