Aliff Syukri pesan netizen jangan sibuk urusan cerai Siti Jamumall & Aiman — itu tugas mahkamah, bukan orang luar.
Usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi teguran kepada orang ramai agar tidak terlalu mencampuri urusan rumah tangga pempengaruh Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah yang kini hangat diperkatakan.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, Aliff menegaskan bahawa sebagai orang luar, kita tidak sepatutnya menjadi ‘hakim’ dalam isu peribadi pasangan tersebut.
Katanya, status perceraian sama ada sah atau tidak bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh netizen, sebaliknya perlu melalui proses undang-undang di mahkamah.
Baca Juga :Aliff Syukri Minta Kambing ‘Review’ Jeruk Mangga, Netizen Tak Henti Gelak
Baca juga : Saya Dah Bagi Peluang Untuk Berbincang & Buat Permohonan Maaf’ – Aliff Syukri
“Sama ada talak dua atau talak tiga, itu kerja mahkamah untuk sahkan. Kita orang luar, tak perlu sibuk. Ini bukan benda yang boleh dibuat main,” ujarnya.
Aliff turut menasihatkan agar masyarakat berhenti menyebarkan spekulasi dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan berkenaan.
“Kalau mereka rujuk semula, alhamdulillah. Jangan kita tambahkan bara pada api. Jangan laga-lagakan mereka lagi,” tambahnya.
Sebelum ini, pergolakan rumah tangga antara Siti Jamumall dan Aiman menjadi tular apabila berlaku lafaz cerai secara langsung di TikTok.
Siti, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, pernah berpisah sekali sebelum ini namun kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Untuk makluman, Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019 namun bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki — Putra Adam Rizki dan Putra Aiman Zafran.
Selepas itu, beliau mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber : Instagram
By Tarziman — 19 May 2025, 03:15 PM



